Cadangan Air Asia Mahu Ambil Alih Malaysia Airlines Dari Khazanah Perlu Telus Dan Jujur

Trending

Cadangan Air Asia Mahu Ambil Alih Malaysia Airlines Dari Khazanah Perlu Telus Dan Jujur

Sebelum ini pelbagai laporan yang mendakwa syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) akan diambil alih dan sudah pun menerima beberapa tawaran antaranya dari Air Asia dan Japan Airlines. Berdasarkan laporan, Air Asia adalah antara syarikat yang berpotensi besar yang akan mengambil alih MAB buat masa ini.

Malaysia Airlines dipegang oleh Khazanah Nasional selaku pemegang saham utama pada tahun 2015 namun langkah ambil alih itu telah memakan belanja besar. Khazanah dilaporkan memperuntukkan RM6 bilion untuk pelan penyelamatan dan 70 peratus dana telah digunakan pada Januari 2018.

Advertisement

mas

Tidak perlu berteka teki

Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) menggesa kerajaan untuk bersikap telus berhubung cadangan pengambil alihan Malaysia Airlines Berhad (MAB). Tidak ada sebarang keperluan untuk Khazanah Nasional bermain dengan teka teki sebaliknya terus memberikan kenyataan rasmi jika benar dakwaan yang dikemukan.

Kami tidak mahu diserang hendap oleh sebarang berita atau pelan pengambilalihan secara tiba-tiba oleh Kumpulan Air Asia Berhad yang mana ramai orang mendakwa kini secara senyap-senyap sedang berlaku.

Nufam berkata kerajaan sepatutnya berhenti membuat orang tertanya-tanya mengenai rancangannya untuk masa depan MAB. Jika benar dakwaan Air Asia bakal mengambil alih MAB, Nufam melahirkan kebimbangan kerana syarikat penerbangan kos rendah itu juga mempunyai cabaran kewangannya yang tersendiri.

Untuk pengetahuan anda, jika Air Asia bersetuju untuk mengambil alih mereka perlu bersedia untuk berbelanja RM1.4 bilion setahun untuk menampung kos operasi MAB berjumlah RM1 bilion setahun. Sekiranya berjaya, proses ambil alih ini akan menjadikan MAB, syarikat yang sudah berusia 72 tahun ini bernaung di bawah haluan Air Asia.

Malaysia Airlines Berhad mula mengalami kegawatan setelah krisis melibatkan dua pesawat MH370 dan MH17 pada tahun 2014. Untuk baca artikel berkaitan, boleh klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Kekal Misteri, Genap 5 Tahun Malaysia Kehilangan Pesawat MH370

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...