Cadangan 5 Kdrama, Kmovie Wajib Tonton Bulan Ini

Branded

Cadangan 5 Kdrama, Kmovie Wajib Tonton Bulan Ini

Bila dah banyak sangat pilihan pun susah, tak tahu mana pilih! Bukan saja soal makan, nak layan drama atau movie pun sama. Tak payah susah-susah, jom kami cadangkan 5 tajuk drama dan movie Korea korang boleh layan di Viu bulan ni. Confirm ternanti-nanti episod seterusnya, tak tenang selagi tak tahu endingnya.

Brain Works

Brain Works

Apa yang jadi bila dua orang dari yang berbeza dunia dan perangai perlu bekerja bersama? Saksikan bagaiman Shin Ha Ru, neurosaintis yang dingin dan Geum Myung Se seorang detektif dengan kepala sendiri bergandingan merungkai kes jenayah rare.

Poong, the Joseon Psychiatrist 2

Poong, the Joseo Psychiatrist 2

Bagi korang yang suka layan Kdrama purbakala Joseon, siri ini kena layan sampai habis. Mengisahkan seorang doktor diraja, Yoo Se-Poong (Kim Min Jae) yang terjerat dengan konspirasi akhirnya menyebabkan dia diusir dari istana.

Dia kemudiannya berkhidmat di Kampung Gyesu yang menemukannya dengan Seo Eun-Woo (Kim Hyang-Gi) dan Gye Ji-Han (Kim Sang-Kyung). Di sana Yoo Se-Poong merawat penyakit fizikal selain rawatan mental dan mencari kebahagiaan sejati.

6/45

6/45 drama

Semua orang tahu konflik antara dua negara Korea Selatan dan Korea Utara kan? Agaknya apa yang terjadi apabila askar-askar dari negara-negara bertelagah ini berjumpa secara rahsia?

Insiden apa yang membuatkan mereka perlu berbuat demikian? Adakah mereka akan bergaduh atau berkawan?

Filem bergenre komedi tentera ini membariskan lakonan Go Kyung Pyo, Lee Ying Kyung, Park Se Wan dan ramai lagi untuk korang tonton dan bergelak ketawa bersama.

The Goblin

The Goblin

Doo Hyeon atau digelar Goblin meringkuk dalam penjara kerana tuduhan membunuh bosnya yang disebabkan Yeong Min. Selepas 10 tahun, dia dibebaskan dan menjalani hidup normal. 

Masalah bermula apabila dia mengetahui Yeong Min menggunakan namanya Goblin sehingga tergamak menculik anak Doo Hyeon untuk memastikan rahsia tidak terbongkar. Penuh amarah, Doo Hyeon mula merancang membalas dendam dan Goblin sebenar muncul.

Emergency Declaration

Emergency Declaration

Bayangkan detik cemas perlu dilalui apabila menghadapi serangan pengganas bukan di daratan tapi berpuluh ribu kaki di udara. Sesak nafas, cuak semua ada lah!

Detektif veteran In Ho menerima laporan mengenai serangan pengganas di udara dalam pesawat KI501. Dalam pada itu, walaupun fobia menaiki kapal terbang, Jae Hyuk tetap menaikinya demi anak perempuannya menuju ke Hawaii.

Di lapangan terbang dia tersentak dengan seorang lelaki mencurigakan. Pesawat KI501 akhirnya berlepas dari Lapangan Terbang Incheon, Korea Selatan ke Hawaii, Amerika Syarikat. Dalam perjalanan, seorang lelaki mati secara misteri. Situasi getir dan cemas bukan sahaja di dalam pesawat malahan di pusat kawalan.

Pihak berkuasa kemudiannya mengesahkan perlu membuat keputusan penting demi keselamatan penumpang dan mendaratkan pesawat dengan selamat. Saksikan filem ini untuk tahu pengakhirannya.

Teruja kan nak layan semua series dan filem ini di Viu? Belum langgan lagi? Inilah masanya untuk korang melanggan untuk tidak ketinggalan series dan filem menarik di Viu. Jom layan Viu sekarang guys!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...