Cadang Wujudkan MRSM Berbayar, Banyak Permintaan Dari Ibu Bapa Berpendapatan Tinggi

Trending

Cadang Wujudkan MRSM Berbayar, Banyak Permintaan Dari Ibu Bapa Berpendapatan Tinggi

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memberi cadangan kepada MARA supaya menubuhkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar.

Advertisement

Menurut beliau, ini kerana banyak permintaan dari ibu bapa yang berpendapatan tinggi yang mana anak mereka cemerlang dalam UPSR dan mahu menghantar anak mereka melanjutkan pelajaran di MRSM.

Permohonan kemasukan ke MRSM ketika ini memberi keutamaan kepada pelajar dari keluarga berpendatan rendah terutama dari luar bandar.

“Oleh itu saya lontarkan idea untuk mewujudkan MRSM berbayar kepada Majlis Amanah Rakyat untuk dikaji. MRSM ini akan diwujudkan di Lembah Klang dan mungkin mengenakan yuran yang sedikit rendah berbanding sekolah swasta atau sekolah antarabangsa.

“Namun kadar yuran MRSM berbayar akan bergantung kepada kos. Sekarang ia masih di peringkat terlalu awal untuk berbincang mengenai yurannya,” katanya sebagaimana lapor Bernama.

Ismail Sabri juga berkata, pelajar dari golongan isu rumah berpendapatan 40% terendah (B40) dan miskin bandar akan diberi keutamaan untuk masuk ke MRSM mulai tahun depan.

Sumber: Sinar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...