Cadang Pendedahan Jenayah Rasuah Perlu Diterap Bemula Di Peringkat Sekolah – Tengku Haphiz

Trending

Cadang Pendedahan Jenayah Rasuah Perlu Diterap Bemula Di Peringkat Sekolah – Tengku Haphiz

Bagi mengelakkan jenayah rasuah semakin berleluasa, cadangan pendedahan terhadap jenayah rasuah perlu dititikberatkan di bangku sekolah.

Tengku Haphiz Tengku Putera yang menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO negeri Terengganu berkata, penekanan terhadap jenayah rasuah perlu diterapkan melalui silibus pelajaran di sekolah.

Advertisement

“Silibus pelajaran di sekolah juga mesti diterap secara serius isu berkaitan rasuah, misalnya setiap subjek teras sentiasa memberi penekanan terhadap isu rasuah selain diwujudkan juga persatuan atau kelab pencegahan rasuah. Soalan peperiksaan misalnya Bahasa Melayu diwajibkan soalan pilihan untuk esei berkenaan rasuah dan begitu juga di universiti”. 

suasana belajar

Katanya, usaha mengekang dan membanteras amalan rasuah perlu dilaksanakan di semua peringkat sehingga ke akar umbi. Langkah itu perlu dilakukan kerana budaya rasuah tidak terhad kepada kelompok tertentu sahaja.

“Kajian menunjukkan 22.1 peratus hingga 51.4 peratus kelompok utama rakyat di negara ini termasuk mahasiswa dan penjawat awam sedia menerima rasuah. Sebagai umat Islam, perkara ini bukan main-main lagi dan ia perlu ditangani secara jihad dengan asas nahi mungkar”.

Selain itu, usaha secara bersama perlu bagi membanteras jenayah itu, bukan sahaja kepada penerima bahkan kepada pemberi rasuah.

Tambahnya lagi, sikap individu itu sendiri yang mengambil jalan singkat untuk mendapat keuntungan segera dan ingin terlepas daripada dikompaun dan denda menyebabkan mereka memilih untuk berbuat demikian.

Banyak cara yang boleh dilakukan untuk membanteras rasuah antaranya bermula di peringkat jabatan dan agensi.

“Setiap jabatan atau kementerian perlu mempunyai unit atau badan penguat kuasa rasuah di mana mereka perlu berhubung terus di bawah arahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tidak tertakluk kepada arahan jabatan atau kementerian supaya siasatan boleh dibuat dengan tiada unsur ‘takut bos'”.

Beliau turut berkata orang awam yang bekerjasama membantu menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa juga perlu dihargai dengan memberikan sedikit ganjaran sebagai tanda penghargaan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...