Cabutan Wow! SSPN-i Plus Kembali Lagi, 300 Hadiah Bernilai RM1.5 Juta Untuk Dimenangi

Hiburan

Cabutan Wow! SSPN-i Plus Kembali Lagi, 300 Hadiah Bernilai RM1.5 Juta Untuk Dimenangi

Sejak Aariz dilahirkan, sehinggalah kehadiran Arissa dan Alara, satu perkara wajib yang Abang Nara lakukan untuk mereka ialah membuka akaun SSPN-i. Buat yang tak tahu, SSPN-i ini adalah singkatan untuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional. Tujuannya tak lain tak bukan adalah untuk persediaan bagi anak-anak kita memasuki universiti apabila mereka dewasa kelak. Tak adalah bila dah besar nanti baru nak gelabah mencari duit bila anak-anak dapat tawaran universiti. Tak ada biasiswa pun tak apa time tue.

sspn-i plus

terima kasih papa tolong tabungkan untuk kitorang – kata Arissa di dalam hati

Abang Nara menyimpan di dalam SSPN-i yang berlandaskan syariah Islam. Selain daripada mendapat dividen setiap tahun, dapat juga pelepasan taksiran cukai. Terkini ada satu lagi skim simpanan iaitu SSPN-i Plus. SSPN-i Plus lebih banyak manfaatnya dan ada Cabutan Wow! SSPN-i Plus. Kiranya macam cabutan hadiah bertuah untuk para pendeposit pemegang akaun SSPN-i Plus yang aktif. Hadiahnya memang power. Untuk tahun 2016/2017 ini, jumlah hadiah yang ditawarkan adalah RM1.5 juta. Gulp.

Advertisement

sspn-i plus

Bila tengok hadiah yang ditawarkan, memang teruja dibuatnya. Ada 2 cabutan akan dilakukan iaitu cabutan tahunan dan juga cabutan suku tahun (3 kali setahun). Meh kita tengok dulu hadiah untuk cabutan tahunan.
sspn-i plus

Tue dia hadiah utama adalah sebuah kereta Proton Perdana 2.4L. Nombor dua pulak dapat Toyota Vios TRD. Kaki riders pula mesti suka kalau dapat hadiah nombor tiga tue. Motosikal Kawasaki Er6-f. Fuh. Harga masing-masing ratus ribu punya. Semuanya boleh diperolehi secara PERCUMA sekiranya anda memiliki akaun SSPN-i Plus. Nak buka akaun mudah je. Boleh buka secara online https://sspniplusonline .ptptn.gov.my/sspniplusonline. Boleh juga melalui Ejen Online atau Eksekutif Pemasaran PTPTN.

Ok meh Abang Nara cerita pasal cabutan suku tahun pulak. Akan ada 3 cabutan dilakukan seperti jadual di bawah:-

sspn-i plus

Untuk hadiah cabutan suku pertama ini (Julai- September), hadiah-hadiahnya pun super duper awesome jugak. Jom kita ushar:-

sspn-i plus

Tue dia boleh menang sebuah kereta Honda Jazz 1.5L. Buat yang belum buka akaun, Abang Nara nasihatkan pergilah buka hari ini juga. Setiap RM50 layak mendapat satu cabutan tanpa mengira pakej. Tak perlu nak buat apa-apa sebab penyertaan adalah automatik. Korang cuma perlu buka akaun, depositkan duit dan berdoa solat hajat di malam hari agar dimurahkan rezeki. Kalau menang jangan lupa kongsikan hadiah tue dengan Abang Nara. Hehehe. Maklumat lanjut layari www.ptptn.gov.my. Selamat mencuba!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...