Kes ini melibatkan Etiqah Siti Noorashikeen Mohd Sulong, 37, dan bekas suaminya Mohammad Ambree Yunos @ Unos, 44, yang masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 34 tahun selepas disabit bersalah atas pembunuhan Nur Afiyah Daeng Damin, 28, yang berlaku antara 8–11 Disember 2021 di Amber Tower, Kondominium Lido Avenue, Penampang, Sabah
1. Laporan Polis dibuat sendiri
Pasangan ini sendiri membuat laporan polis mendakwa pembantu rumah mereka ditemui pengsan selepas mereka pulang dari cuti di Kundasang.
2. Tempoh kejadian & penahanan
Kejadian berlaku antara 8–11 Disember 2021, dan pasangan tertuduh ditahan pada 14 Disember tahun yang sama.
3. Kecederaan mengejutkan
Mangsa mengalami lapan kecederaan tisu lembut di mulut serta trauma pada enam gigi hadapan. Dikesan terdapat bukti cubaan mencabut gigi menggunakan playar.
4. Saksi pakar forensik
Dr Norhayati Jaffar dari Hospital Kuala Lumpur mengesahkan bukti paksa mencabut gigi mangsa semasa prosiding.
5. Isu ikat jamin
Etiqah awalnya tidak dibenarkan ikat jamin, namun berjaya dibebaskan atas alasan kebimbangan kesihatan mental dan tanggungjawab menjaga anak kembar autistiknya.
6. Jejak MasterChef
Etiqah merupakan peserta musim kedua MasterChef Malaysia pada 2012 (berusia 34 tahun waktu itu). Bekas suaminya pula bekerja sebagai kontraktor.
7. Rakaman lama tular semula
Video lama di YouTube yang memaparkan temu bual ringkas Etiqah semasa program MasterChef kembali tular setelah beliau dijatuhkan hukuman.
8. Pelbagai bentuk penderaan
Mangsa tidak dibayar gaji dan dilarang pulang ke rumah keluarga sepanjang tempoh bekerja.
9. Bukti dari telefon bimbit
Video dan imej penderaan mangsa dirakam melalui telefon tertuduh, dijadikan bukti penting dalam mahkamah .
10. Identiti disahkan melalui gelang
Suami mangsa tidak mengenali wajah mayat mangsa kerana keadaannya yang teruk, namun berjaya mengenal pasti melalui gelang di pergelangan tangan mangsa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.