Cabul Sepupu Sendiri, Cucu Penyanyi Era 70-an Mengaku Tidak Bersalah

Berita

Cabul Sepupu Sendiri, Cucu Penyanyi Era 70-an Mengaku Tidak Bersalah

Seorang remaja lelaki yang juga cucu kepada penyanyi terkenal era 70-an telah didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan mencabul sepupunya yang juga cucu kepada selebriti berpangkat Datuk itu.

Remaja berusia 17 tahun itu dilaporkan mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan itu dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad.

Advertisement
cabul cucuSumber : Google  

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap sepupu perempuannya yang berusia 17 tahun bagi tujuan seksual di sebuah kediaman di Jalan Gasing Seksyen 5 pada pagi 15 Oktober lalu.

Remaja itu didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Walau bagaimanapun, prosiding telah dijalankan secara tertutup berikutan pesalah merupakan kanak-kanak bawah umur. – Harian Metro

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

safiq acacia
1 year ago

Pengakuan Bersalah Kes Menghendap Jurugambar Wanita, Ditolak Oleh Mahkamah Hari Ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...