Cabul Kehormatan Wanita, Suspek Kini Jadi Buruan Polis

Trending

Cabul Kehormatan Wanita, Suspek Kini Jadi Buruan Polis

Hasil laporan yang dterima, polis kini sedang giat memburu seorang lelaki yang dipercayai mencabul seorang wanita dalam kejadian di Lorong Limau Manis, Jalan Hamzah.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.40 pagi ketika mangsa sedang berjalan seorang diri di lorong berkenaan untuk ke tempat kerja.

Menurut laporan Kosmo, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris berkata, mangsa yang berusia 18 tahun telah membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu di sini kira-kira pukul 11 malam pada hari yang sama.

Advertisement

Katanya, berdasarkan keterangan mangsa, kejadian berlaku ketika wanita itu sedang berjalan bersendirian sebelum dihampiri oleh sebuah motosikal jenis Honda C90 yang ditunggang oleh seorang lelaki dari arah belakang.

“Lelaki terbabit kemudian bertindak meraba bahagian punggung mangsa sebelum memecut motosikal yang ditunggangnya.

“Mangsa yang terkejut dengan kejadian itu telah membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu pada hari yang sama berhubung kejadian itu”

Wan Khairuddin berkata, berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), polis mendapati suspek dipercayai berusia dalam lingkungan 40 hingga 50-an yang menunggang motosikal jenis Honda C90 berwarna coklat.

Katanya, berdasarkan semakan nombor siri pendaftaran, polis telah mengenal pasti pemilik motosikal itu yang berasal dari Kuala Lumpur.

Motosikal itu berkemungkinan sudah dijual, namun nama pemilik masih belum ditukar. Polis juga sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kejadian itu.

“Kita juga meminta kerjasama orang ramai yang mengetahui dan mengenali suspek supaya segera menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan”

cabul wanita

Gambar Hiasan

Menurut Wan Khairuddin, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

Harapnya si pelaku bakal dapat hukuman setimpal.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...