Cabo de Roca ialah puncak paling ke barat Eropah, berlatar belakangkan Lautan Atlantik. Disebabkan pemandangan yang begitu cantik ia menjadi kewajiban setiap pelancong untuk datang melawat dan mengambil beberapa keping gambar. Ia menjadi satu tragedi apabila satu pasangan Poland yang bercuti bersama anak anak mereka telah dilaporkan jatuh dari cenuram Cabo De Roca ni akibat ingin mengambil gambar “selfie” lapor portal berita Mashable.
Penyiasat percaya pasangan itu melepasi halangan berhampiran tebing cenuram Cabo de Roca untuk bergambar `selfie’, apabila mereka tergelincir dan jatuh ke gaung. Anak-anak mereka yang berusia 5 dan 6 tahun, walau bagaimanapun, terselamat kerana berada di belakang pagar halangan.
Mayat mereka ditemui Isnin lalu dan nak-anak mangsa kini berada di bawah jagaan diplomat Poland. Mereka juga akan diberi kaunseling bagi menangani trauma setelah melihat kematian ibu bapa mereka.
Mari melihat beberapa keping gambar Cabo de Roca yang meragut 2 nyawa pengemar selfie.