Cabaran Pertama Di Malaysia Maraton Pickleball 72 Jam, SAFI Bukti Kesegaran 72 Jam Bukan Sekadar Janji

Branded

Cabaran Pertama Di Malaysia Maraton Pickleball 72 Jam, SAFI Bukti Kesegaran 72 Jam Bukan Sekadar Janji

Berhijab atau bertudung sering dianggap sebagai cabaran utama untuk wanita kekal aktif, lebih-lebih lagi dalam cuaca panas. Apabila tubuh mula berpeluh, rasa tidak selesa bukan sahaja datang daripada hijab yang melekap, tetapi juga daripada peluh yang terperangkap akibat gaya hidup aktif dan cuaca yang terik.

Bukan mudah untuk wanita kekal yakin dan segar, tapi nasib baik ada jenama yang memahami keperluan ini.

Baru-baru ini, Safi telah menganjurkan satu event luar biasa yang berjaya mencatat sejarah tersendiri dalam Malaysia Book of Records menerusi ‘Safi 72-Hour Sweat Challenge’, iaitu maraton pickleball tanpa henti terlama di Malaysia.

Acara yang diadakan di Pickle Nation, Glenmarie pada 4 hingga 7 Julai 2025 lalu ini, menjadi bukti komitmen Safi untuk menyokong hijabi mengejar minat dalam dunia sukan sambil kekal yakin dan segar sepanjang masa.

Pickleball 72 Jam Tiada Henti. Wow Qasrina Pun Join Sekali La!

Walaupun sukan pickleball masih baru bagi sebahagian besar daripada kita, sambutannya dalam kalangan wanita muda cukup menggalakkan. Sepanjang 72 jam maraton, seramai 460 peserta bergilir-gilir mengambil bahagian, termasuk duta Safi sendiri, Qasrina Karim.

Beliau turut berkongsi bagaimana Safi Hijabista Deo membantunya kekal segar dan berkeyakinan sepanjang acara, walaupun dalam keadaan berpeluh dan padat dengan aktiviti.

Safi membawakan barisan produk yang memang dirumus khas untuk keperluan wanita berhijab yang aktif seperti deodoran Safi Hijabista, serta Syampu dan Parfum Mist Rambut Safi Shayla.

Dirumus dengan teknologi perlindungan dan keharuman sehingga 72 jam, rangkaian ini direka untuk memberi keselesaan dan kesegaran berpanjangan, walaupun dalam cuaca lembap seperti di Malaysia.

Tiada lagi rasa ‘lemas’ rambut dalam tudung, tiada lagi bau badan mengganggu fokus. Rutin penjagaan yang sesuai benar-benar membantu wanita berhijab menyesuaikan diri dengan gaya hidup lebih aktif, tanpa kompromi pada keselesaan diri.

Bukan Sekadar Sukan, SAFI Cipta Ruang Hijabi Lebih Yakin

Bagi kami secara peribadi, acara ini bukan sekadar mencabar stamina fizikal, tapi juga mencipta ruang untuk komuniti hijabi berkumpul, mencuba perkara baharu dan membina keyakinan dalam suasana yang menyokong.

Di samping cabaran 72 jam ini, peserta turut dihiburkan dengan persembahan paddle, muzik dan tarian bagi memastikan maraton ini kekal bertenaga bukan dalam bentuk tekanan, tapi dalam semangat meraikan wanita yang berani melangkaui batas kebiasaan.

Tepuk Konfiden SAFI: Tarian, Kesegaran & Peluang Menang

Sebagai sambungan semangat acara ini, Safi turut melancarkan Cabaran Tarian Tepuk Konfiden Safi Hijabista di TikTok.

Tarian ini meraikan kesegaran bawah lengan dengan yakin melalui gerakan simbolik ‘tepukan dua tangan ke atas’ sebagai tanda konfiden, walaupun dalam keadaan berpeluh.

Anda juga boleh sertai cabaran ini dan menangi hadiah menarik termasuk kredit e-dompet Touch ‘n Go bernilai sehingga RM8,000!

Cara Penyertaan:

Langkah 1: Ikuti akaun TikTok @SafiMalaysia

Langkah 2: Muat naik tarian Tepuk Konfiden dengan lagu Safi Hijabista & WAJIB sertakan pergerakan Tepuk Konfiden.

Langkah 3: Sertakan #SafiMalaysia, #SafiHijabista, #SafiTepukKonfiden, #KonfidenDenganSafi.

Langkah 4: Tag @SafiMalaysia dan seorang rakan

Langkah 5: Pastikan akaun TikTok anda diset kepada publik

Terma dan syarat di: bit.ly/TermaSyaratTepukKonfiden

Sama ada anda di gelanggang sukan atau sekadar hadapi rutin harian yang sibuk, Safi Hijabista dan Safi Shayla sedia membantu untuk kekal yakin dan segar sehingga 72 jam.

Tak perlu risau tentang peluh, rambut lemas atau bau badan. Teruskan melangkah, konfiden cara anda. Maklumat lanjut tentang produk Safi, layari Instagram dan TikTok.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...