Sebelum ini, pelakon Anne Ngasri dikecam susulan memberitahu kepada umum bahawa dirinya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi GiatMARA.
Sebagai abang, Bell Ngasri tampil memberi kata-kata buat adiknya agar kuat tempuhi semua ujian sebagai anak seni.
Apabila ditanya apakah perasaannya ketika Anne menjadi bahan kecaman netizen, Bell berkata dia tidak berasa sedih kerana itu adalah lumrah kehidupan dan orang berhak memberi pandangan di media sosial.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelakon serta pelawak berkenaan menegaskan bahawa dia langsung tidak memarahi netizen dan berharap adik perempuannya itu menganggap hal ini sebagai cabaran untuk bergelar individu yang lebih hebat di masa akan datang.
Jawatan dia sekarang Timbalan Pengerusi GiatMARA, mungkin suatu masa boleh jadi Timbalan Menteri atau Menteri.
Menurut netizen, Anne Ngasri tidak sesuai memegang jawatan Timbalan Pengerusi GiatMARA dan merasakan ramai lagi orang lain yang lebih layak darinya.