Cabaran 1 Juta Komen Tercapai, Lelaki Tunaikan Janji Gunting Rambut Unik Secara Live

Kehidupan

Cabaran 1 Juta Komen Tercapai, Lelaki Tunaikan Janji Gunting Rambut Unik Secara Live

“Dapat 1M comment, aku akan potong rambut mcm niyy. Takkan dapat punya 1M comment tu.”

Itulah kata-kata salah seorang pemuda sebelum ianya memakan diri apabila terpaksa menunaikan janjinya tersebut.

Advertisement

Hari ini tular di media sosial mengenai isu cabaran 1 juta komen yang dilakukan oleh seorang pengguna Facebook bernama Mohammad Rafiezulanwar Jaffri yang telah membuat potongan rambut unik secara live di laman media sosial tersebut.

Difahamkan, sebelum ini pemuda tersebut sangat yakin bahawa dirinya tidak akan mendapat satu juta komen pada foto yang dimuat naik olehnya.

Namun, tanpa disedari dia sudah mencabar kuasa netizen di Malaysia.

Perkongsian cabaran

Advertisement

Siapa sangka pemuda ini berjaya meraih 1 juta komen dan 18 ribu shares dalam masa 12 jam sahaja.

Disebabkan itu, mahu atau tidak, setiap janji perlu ditepati. Pemuda itu dengan berani menyahut cabaran yang dibuatnya, malah dia mengotakan janjinya untuk memotong mengikut gaya itu secara langsung!

Perkongsian siaran langsungnya itu telah berjaya meraih lebih dari 200 ribu tontonan dan 9 ribu perkongsian. Rata-rata netizen memberi reaksi positif mengenai cabaran 1 juta komen:

“steady brader. baru betul bukan janji melayu”

komen netizen

Komen netizen

Komen netizen

Dia juga ada membuat satu lagi perkongsian selepas membuat siaran langsung tersebut dengan meminta semua untuk berfikiran positif tentang perkara ini dan menganggap ia sebagai hiburan semata.

Saya akan kekalkan rambut saya untuk beberapa hari demi permintaan kamu semua.

Advertisement

Gambar hiasan

Apa pendapat anda? Ada yang berminat nak buat cabaran lain pula ke lepas ni?

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...