Cabar Peminat Di Instagram, Haqiem Rusli Janji Bakal Tampil Lain Dari Yang Lain di Pentas AME 2020

Hiburan

Cabar Peminat Di Instagram, Haqiem Rusli Janji Bakal Tampil Lain Dari Yang Lain di Pentas AME 2020

Bintang Paling Popular Berita Harian ke-33, Haqiem Rusli baru-baru ini telah ‘mencabar’ peminatnya di Instagram jika ingin melihat dia tampil berbeza padam malam Anugerah MeleTop Era 2020 nanti.

Menerusi satu entri Instagram miliknya, Haqiem telah mencabar pengikut Instagramnya agar memberi tanda suka (like) sebanyak 30 ribu dan 10 ribu komen di entri terbarunya yang memaparkan sekeping gambar tertulis namanya berlatar belakangkan warna merah jambu.

Advertisement

“Jika gambar ini memiliki 30k likes dan 10 k komen saya akan dress up warna pink dekat #AME2020 nanti. @meletop”

Cabaran yang ditawarkan itu bukanlah perkara yang sukar untuk dicapai kerana Haqiem Rusli memiliki hampir 1.2 juta pengikut di platform media sosial tersebut.

Ketika meninjau ruangan komen, ramai peminat turut teruja untuk melihat Haqiem berpakaian merah jambu yang lebih sinonim dengan wanita itu.

Difahamkan, Haqiem Rusli merupakan antara artis yang bakal membuat persembahan pada malam anugerah itu nanti. Sekadar info, Anugerah MeleTop Era 2020 dilaporkan akan berlangsung pada 20 Disember ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...