Cabar Diri Sebagai Pelakon, Zalif Sidek Sanggup Kuruskan Badan Demi Watak

Hiburan

Cabar Diri Sebagai Pelakon, Zalif Sidek Sanggup Kuruskan Badan Demi Watak

Pelakon, Zalif Sidek akui sungguhpun dia mempunyai saiz badan yang besar, namun dia tidak menolak jika diminta oleh produser atu pengarah untuk menurunkan berat badan demi menjayakan sesuatu watak.

Zalif atau nama lengkapnya Md Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek berkata, memang ada permintaan yang mengharapkan dia untuk turunkan berat badan bagi sebuah filem.

Advertisement

Menurut Zalif, 36, sejujurnya dia berjaya kecilkan sedikit saiz pinggang untuk filem Tantiana. Filem tersebut bagaimanapun belum dipasarkan lagi memandangkan lockdown akibat Covid-19 sejak dua tahun kebelakangan ini.

Kalau produser minta saya kuruskan badan demi watak, saya buat! Apatah lagi jika naskah yang ingin dijayakan itu merupakan satu naskah yang baik.

Pelakon filem Bini-Biniku Gangster itu berkata dia selesa dengan saiz badannya sekarang memandangkan rezekinya masih tidak putus dalam bidang lakonan.

Saya mengharapkan lebih banyak watak berbeza ditawarkan kepada saya supaya saya dapat mencabar diri sebagai pelakon.

Info tambahan, Zalif memberitahu bahawa filem komedi aksi lakonannya, Marabahaya Underground kini sedang ditayangkan di Astro First.

Zalif Sidek
2 years ago

Zalif Sidek Akui Sedikit Kekok, Pertama Kali Keluar 'Dating' Dengan Tunang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...