BYD Mungkin Kaji Semula Rancangan Kilang Di Tanjung Malim

Teknologi

BYD Mungkin Kaji Semula Rancangan Kilang Di Tanjung Malim

Masih ingat berita besar pada Ogos lalu apabila BYD Malaysia mengesahkan rancangan untuk membina kilang pemasangan tempatan di Tanjong Malim, Perak? Jika anda tertanya-tanya mengapa tiada perkembangan terkini mengenai fasiliti tersebut, yang dijangka memulakan pengeluaran pada separuh kedua tahun ini, kini sebabnya telah didedahkan.

Menurut laporan The Edge, nasib kilang tersebut yang sepatutnya dibiayai sepenuhnya oleh BYD kini tidak menentu apabila pengeluar automotif dari China itu dilaporkan sedang menilai semula rancangan mereka untuk memulakan pengeluaran di Malaysia. Ini kerana mereka dikatakan tidak mencapai persetujuan dengan syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Advertisement
BYDSumber : Paultan.org  
BYDSumber : The Edge  

Difahamkan, isu utama adalah berkaitan syarat MITI yang mewajibkan BYD mengeksport sebanyak 80% daripada kenderaan yang dihasilkan di Tanjong Malim, manakala baki 20% pula mestilah kenderaan yang dijual pada harga melebihi RM200,000 seunit untuk pasaran tempatan.

“Ini adalah syarat yang mereka tidak dapat persetujui,” kata Menteri MITI, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dalam perbualan ringkas bersama pihak media.

Beliau turut menegaskan bahawa langkah tersebut penting bagi melindungi industri automotif tempatan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 700,000 orang.

“Anda juga perlu ingat bahawa Proton dan Perodua mempunyai kira-kira 50% kandungan tempatan dalam kereta mereka. Proton menjual sekitar 150,000 unit setahun manakala Perodua sekitar 350,000 unit, yang merupakan jumlah besar. Kedua-dua syarikat ini juga membina sebahagian besar ekosistem industri automotif di Malaysia, jadi kita perlu melindungi mereka,” katanya.

Apabila ditanya mengenai rancangan Chery Malaysia untuk melabur RM2.2 bilion dalam kilang pemasangan Smart Auto Industrial Park di Hulu Selangor, Johari berkata perjanjian tersebut telah dimuktamadkan dan akan diteruskan.

Laporan itu turut menyatakan bahawa masih belum jelas bagaimana situasi ini akan memberi kesan kepada pengeluar automotif China lain seperti Zeekr dan Xpeng, yang difahamkan merancang untuk memulakan pemasangan tempatan kenderaan elektrik pada tahun 2026, selepas pengecualian cukai bagi EV import sepenuhnya (CBU) tamat pada penghujung 2025.

Selain itu, kerajaan juga telah memperkenalkan harga minimum baharu sebanyak RM250,000 bagi kenderaan elektrik import sepenuhnya (CBU). Peraturan ini meliputi bukan sahaja jenama baharu, tetapi juga model baharu daripada jenama sedia ada. Ini sekali gus mendorong lebih banyak pengeluar beralih kepada pemasangan tempatan (CKD).

Situasi ini menunjukkan perbezaan harga sekitar RM50,000 antara harga minimum RM200,000 untuk EV CKD dan RM250,000 bagi EV CBU.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-02-12 12:28:45

JSPT Pertimbang Cadangan Wajibkan 'Dashcam' Buat Semua Pengguna Jalan Raya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Paultan.org

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...