BYD Buang 100,000 Pekerja, Fokus Kecekapan Dalam Kerancakan Persaingan EV

Teknologi

BYD Buang 100,000 Pekerja, Fokus Kecekapan Dalam Kerancakan Persaingan EV

Pengeluar kenderaan elektrik dari China, BYD, dilaporkan mengurangkan kira-kira 100,000 pekerja atau sekitar 10 peratus daripada jumlah tenaga kerjanya, menjadikan keseluruhan kakitangan syarikat itu menyusut kepada sekitar 870,000 orang pada tahun 2025 memetik HR ASIA.

Menurut laporan, pengurangan tersebut bukan berpunca daripada kelemahan permintaan, sebaliknya berkait dengan langkah penyusunan semula organisasi, peningkatan kecekapan operasi serta strategi pengurusan kos.

Advertisement

Langkah itu diambil ketika industri kenderaan elektrik (EV) memasuki fasa persaingan baharu, dengan pengeluar memberi tumpuan kepada kecekapan bagi mengekalkan daya saing.

byd

Dari segi prestasi kewangan, BYD mencatatkan pendapatan sebanyak CNY 8,039.6 bilion bagi tahun 2025, selari dengan penghantaran 4.60 juta kenderaan. Daripada jumlah itu, sekitar 1.05 juta unit merupakan eksport, sekali gus menandakan kali pertama syarikat tersebut melepasi angka 1 juta unit penghantaran ke luar negara.

Namun, keuntungan bersih dilaporkan menurun kepada CNY 326.2 bilion, iaitu susut kira-kira 19 peratus berbanding tahun sebelumnya. Penurunan ini dikaitkan dengan tekanan harga dalam pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) domestik serta pelaburan berterusan dalam teknologi automotif dan bateri.

Walaupun margin keuntungan mengecil, BYD kekal agresif dalam pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan perbelanjaan sebanyak CNY 634 bilion, mencerminkan komitmen syarikat terhadap inovasi dalam elektrifikasi, sistem bateri dan infrastruktur pengecasan.

BYD Mungkin Kaji Semula Rancangan Kilang Di Tanjung Malim

Di peringkat global, BYD terus memperluaskan pengaruhnya dengan pelancaran teknologi baharu termasuk Blade Battery 2.0 bersama Flash Charging 2.0 pada 5 Mac 2026. Teknologi ini membolehkan pengecasan bateri dari 10 hingga 70 peratus dalam masa kira-kira lima minit, dan sehingga 97 peratus dalam hanya sembilan minit di bawah keadaan standard.

Seiring dengan perkembangan tersebut, BYD turut meningkatkan sasaran eksport bagi tahun 2026 kepada 1.5 juta kenderaan, iaitu peningkatan sekitar 15 peratus daripada sasaran awal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-03-30 11:48:59

BYD Mungkin Kaji Semula Rancangan Kilang Di Tanjung Malim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HR ASIA

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...