Butik Terpaksa Ditutup, Wak Doyok Buat Jualan Lelong Serendah RM1

Hiburan

Butik Terpaksa Ditutup, Wak Doyok Buat Jualan Lelong Serendah RM1

Meluahkan rasa sedih apabila butik Starvilion miliknya yang terletak di Shah Alam terpaksa ditutup tidak lama lagi, selebriti Wak Doyok akui amat sukar baginya untuk mengeluarkan arahan bahawa butiknya itu akan menamatkan operasi.

butik wak doyok ditutup

Advertisement

Lebih perit, Wak turut menyatakan beliau perlu tabah dan kuat mengharungi semua ini demi 70 orang para pekerjanya yang sudah hampir tiga tahun berkhidmat di butik tersebut bakal hilang punca pendapatan.

Rentetan daripada itu, Wak bagaimanapun bertindak mengadakan jualan lelong untuk semua koleksi pakaiannya serendah RM1 bermula 24 Jun ini sehingga 5 Julai depan.

Tambahnya lagi, beliau juga bakal memberi baju melayu koleksi sebanyak 5,000 helai secara percuma kepada pelanggan di butik dan secara atas talian di website www.starvilion.com.

Menurut Wak, beliau juga akan memberikan harga istimewa buat petugas barisan hadapan.

“Kepada Frontliners, jangan lupa datang bawa ID masing masing, ada special rate untuk anda semua dapatkan Baju Melayu secara percuma.”

Meskipun begitu, Wak turut meminta orang ramai menyokong jualan lelong butiknya, malah turut berterima kasih buat mereka yang tidak jemu mengenakan helaian koleksi Wak ketika sambutan Aidilfitri sebelum ini dan membeli pakaiannya selepas tiga tahun beroperasi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...