Sejak beberapa hari yang lalu, nama selebriti, Rebecca Nur Islam sering menjadi bualan netizen susulan kontroversinya bersama isteri Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida tercetus.
Cara Rebecca ‘reply’ komen netizen dianggap biadap
Terbaru, melalui laman X, tular keratan klip live Instagram memaparkan Rebecca bersama kakaknya menjual produk mereka.
Bagaimanapun, hal yang menjadi perhatian ramai adalah cara selebriti tersebut membalas komen netizen yang dianggap terlalu biadap.
Weyyy biadapnya cara rebecca jual product. Benda boleh jawab elok elok kot. pic.twitter.com/BX70hc5gcA
— Bbie. (@twtbiy) April 21, 2025
Salah seorang netizen meninggalkan komen dengan bertanya kepada Rebecca jika dia melakukan live bersama satu keluarganya.
Mana ada satu family. Buta ke? Kan dengan kakak je.
‘Tak apa, dengan nama Allah saya maafkan..’
Dalam pada itu, Rebecca turut mengakui bahawa dia sedar ada netizen yang follow Instagram tetapi tidak menyukai dirinya.
Janganlah suka benda-benda yang membuat spekulasi. Saya tahu walaupun saya private IG saya tapi yang follow saya ada je yang tak suka. Netizen-netizen yang suri rumah, yang tak ada kerja kan. Tak apa, dengan nama Allah saya maafkan korang.
Netizen kecam Rebecca dan kakak
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen mengecam Rebecca serta kakaknya dengan menyatakan cara mereka membalas komen netizen tidak profesional.