Pelakon dan personaliti TV, Nabila Huda baru-baru ini tampil meluahkan rasa berang apabila ada individu bergelar sahabat telah menabur fitnah serta menganiaya dirinya.
Kata Nabila, rakannya itu telah memburukkan nama dengan penuh kebencian serta hasad dengki.
Perkara tersebut telah diluahkan pelakon berbakat itu di beberapa siri ciapan di ruangan Twitter peribadi miliknya.
Never ending story punya hasad dengki. You talk shit behind my back. Talking about the company di seberang, memfitnah untuk tabur pasir dalam periuk nasi sahabat sendiri. Terima kasih.
But bitch, nice try! Memaafkan lebih baik dari membalas. Ini masalah bila kita terlalu baik, terlalu humble, terlalu senyum, dalam kita tak sedar, sahabat sendiri boleh iri hati dengan kita.
Dalam pada itu, Nabila juga telah memaafkan sahabatnya itu kerana enggan memanjangkan cerita.
Anak kepada penyanyi rock lagenda Amy Search ini juga meminta para peminat untuk percaya kepada rezeki Allah S.W.T kerana ia tidak pernah salah alamat.
“Percayalah, rezeki itu datang dengan pelbagai cara. Masing-masing ada bahagian masing-masing.Tak perlu rasa iri hati. It’s not healthy at all” tulisnya panjang lebar.