Dapat dilihat di platform TikTok, baru-baru ini, usahawan tudung Bawal Exclusive iaitu Haliza Maysuri mendedahkan dirinya menerima pelbagai dugaan sejak memulakan perniagaan.
Alami pelbagai gangguan sihir
Melalui video yang dikongsikan di platform tersebut, Haliza mendedahkan dirinya telah mengalami pelbagai gangguan sehingga disihir atas cubaan untuk menutup periuk nasinya.
Ular hitam berkali-kali masuk rumah. Lipan bara merayap dalam bilik. Tanah kubur bertaburan depan butik. Air berbau kapur barus basahi pintu kedai saya. Busung, mimpi ngeri dan sakit yang tidak dapat dikesan doktor. Bertahun saya terlantar
@halizamaysuri Puan Haliza, jgn selalu post gambar/video Nanti kena ain. Jangan live sangat, nanti kena sihir. Saya dah biasa dengar. Tapi saya nak beritahu satu perkara Sejak mula berniaga, bukan saja ain sihir pun saya dah lalui. Ular hitam berkali2 masuk rumah. Lipan bara merayap dalam bilik. Tanah kubur bertabur depan butik. Air berbau kapur barus basahi pintu kedai saya. Busung. Mimpi ngeri. Sakit yang tak dapat dikesan doktor. Bertahun saya terlantar. Pengsan dg tiba2 bagai ada tenanga yg begitu kuat menolok tubuh saya,sering kali berlaku malah sampai ke hari ini. Tapi saya percaya… kalau Allah tak izinkan, takkan semua itu berlaku. Jadi saya tak takut. Bukan sebab saya kuat, tapi sebab saya yakin setiap ujian datang dengan hikmah. Dan bila kita mampu lepasi ujian itu di situlah letaknya nilai kejayaan sebenar. Prinsip saya mudah Orang berjaya bukan yg banyak hartanya. Bukan juga yang besar namanya. Tapi yang mampu melepasi ujian demi ujian dengan hati yang tetap bersandar pada Tuhan. Dan bila ada yang nasihat saya, Jangan tunjuk muka, jangan buat live. Saya tanya semula kalau saya tak buat semua itu, macam mana orang nak nampak produk kita? Sekarang ni media sosial adalah butik kita. Kalau saya diam, tak buat konten, tak perkenalkan diri orang tak kenal siapa saya. Bila orang tak kenal, macam mana nak yakin untuk membeli? Jadi bila org suruh kita diam, itu sebenarnya seperti tutup periuk nasi kita.Faham tak? Kadang2 sihir pun dihantar supaya kita berhenti meniaga. Akhirnya kita sendiri yang tutup perniagaan kita kerana takut. Saya pilih untuk terus berniaga. Terus berjuang. Dengan izin Allah. Dan saya tak pernah berhenti berdoa agar saya dan sesiapa yang sedang diuji seperti saya terus kuat dan terus berniaga. Kerana Sembilan daripada sepuluh bahagian rezeki adalah melalui perniagaan. @HalizamaysuriHQ ♬ suara asli – bungasirait.official
Namun begitu, usahawan tersebut tetap percaya bahawa dugaan yang dilalui ini adalah ujian daripada Tuhan agar dia mencapai kejayaan.
Ada nasihat jangan terlalu guna media sosial, ini balas Haliza..
Dalam pada masa yang sama, Haliza berkata media sosial merupakan satu platform yang paling strategik untuk mempromosikan produknya.
Bila ada nasihat untuk jangan tunjuk muka, jangan buat live. Saya tanya semula, macam mana orang nak nampak produk kita? Media sosial adalah butik kita. kalau saya diam, tak buat konten, dan tidak memperkenalkan diri, orang tak kenal.
Di akhir video yang dikongsikan, wanita itu mendoakan agar individu yang diuji hal sama untuk kekal kuat dan kekal usaha mencari rezeki.