Setiap kali acara anugerah di Malaysia berlangsung, pastinya fesyen selebriti akan menjadi tumpuan utama bukan? Pada waktu ini lah kita dapat lihat siapa yang tampil dengan gaya yang memukau ataupun sebaliknya. Begitulah juga ketika AJL 32 baru-baru ini.
Antara yang mendapat perhatian ramai dari segi fesyen yang digayakan ialah penyanyi Wany Hasrita. Kesian juga Wany kerana busana merah beliau pada malam tersebut menerima pelbagai reaksi dan kecaman di media sosial.
Sedar rekaan tersebut dikritik, pereka fesyen Mirol Jonit tampil memberikan penjelasan. Menurut beliau, apa yang dihasilkan adalah mengikut keselesaan Wany dan bukan mudah untuk beliau menghasilkan rekaan yang sopan sesuai dengan imej penyanyi tersebut.
Untuk hasilkan busana itu saya mengambil masa yang lama. Bukan semudah yang disangka. Saya bukan sekadar reka untuk tangkap muat atau ikut suka hati. Baju itu direka mengikut kesesuaian lagu dan pemakai itu sendiri iaitu Wany.
AdvertisementApa yang penting busana itu masih sopan, menutup bahagian dada dan pinggulnya. Yang pasti, Wany selesa memakai busana itu dan pihak pengurusannya juga sukakan rekaan baju saya.
Kesian juga kami dengan Wany Hasrita kerana beliau menerima pelbagai kecaman dari segi busana sehinggalah nyanyiannya di AJL 32. Bersabarlah Wany, walaupun dikritik anda masih mengekalkan imej yang sopan, itu yang lebih penting kan?

Melayu
February 15, 2018 at 1:37 am
Wanita terindah tutup aurat sempurna, kau kecam. Perempuan seksi berpakaian terbuka terdedah sana sini, kau puja. Dasarrr Melayu.
Anonymous
February 14, 2018 at 3:06 pm
Kmu ni kn..klu ndak kecam artist yg satu ni mmg ndak aman hdp kan..mungkin klu kmu yg nyanyi pecah dunia tau
mak cute
February 14, 2018 at 8:30 am
baju dah ok sopan..cuma tang luar tu xyah la nmpk semak…
Anonymous
February 13, 2018 at 5:14 pm
kebetulan ke semua ni.. lady in red yg illuminati tu..khai bahar apasal grafik ada salib terbalik? dan kenapa baju altimet sebijik macam illuminati punya konsep? aku terbaca posting aritu..seram aku dgn tv3 huhuh…