Busana Di SAMM35 Dikritik Aneh, Wany Hasrita Pentingkan Keselesaan Dan Tak Mahu Seksi

Hiburan

Busana Di SAMM35 Dikritik Aneh, Wany Hasrita Pentingkan Keselesaan Dan Tak Mahu Seksi

Penampilan penyanyi Wany Hasrita di malam Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SAMM35) beberapa minggu lalu ternyata telah mencuri perhatian warga maya sehingga ianya menjadi tular di media sosial.

Dia yang tampil menggayakan busana berwarna merah jambu dan bertudung putih pada malam itu telah dikritik penonton kerana dikatakan sedikit aneh dan pelik.

Advertisement

Penyanyi lagu Menahan Rindu itu walau bagaimanapun menerima kritikan penonton dengan hati terbuka dan memberitahu akan lebih berhati-hati memilih pakaian untuk ditampilkan dalam sesebuah program TV.

Meskipun begitu, Wany berkata dia akan tetap mengekalkan konsep dan keperibadian dirinya yang tidak gemar memakai pakaian mengikut bentuk badan atau dengan kata lain, terlalu seksi.

View this post on Instagram

A post shared by WH (@wanyhasrita)

“Kali ini, saya akan lebih berhati-hati dalam soal pemilihan pakaian. Bagi saya, yang paling penting saya selesa pakai dan sebenarnya saya perlu mengambil komen-komen orang juga. Orang nak tengok cantik dan mesra TV, jadi kita kena cari juga pakaian yang orang pandang nampak cantik dan sesuai. Benda ini saya masuk dalam senarai pemilihan pakaian.”

Mengakui tidak suka menggayakan busana yang terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan, Wany turut mengemaskini persiapannya menjelang Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35)  bersama penyanyi Datuk Jamal Abdillah tidak lama lagi.

View this post on Instagram

A post shared by WH (@wanyhasrita)

Dia dan Jamal bakal menyanyikan lagu Belenggu Rindu dan khabarnya sudah bersetuju setelah berbincang mengenai konsep yang bakal dibawa serta susunan lagu duet mereka itu nanti.

Sebelum ini, Wany telah dihentam netizen apabila padanan gaun merah jambu dan tudung berwarna putih yang digayakan oleh penyanyi wanita itu tidak ubah seperti kuih apam dan pakaian mandi muslimah iaitu burkini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...