“Burukkan Suami Memang Nombor Satu” – Rakan Dedah Perangai Isteri Shuk Sahar Pula?

Hiburan

“Burukkan Suami Memang Nombor Satu” – Rakan Dedah Perangai Isteri Shuk Sahar Pula?

Terbaharu, rakan kepada Shuk Sahar tampil mempertahankan pelawak itu susulan pendedahan yang dibuat isteri Shuk, Fara Salleh mengenai rumah tangga mereka berdua di laman sosial.

Ujar individu itu, tuduhan yang dibuat Fara tidak benar sama sekali mengenai dakwaan Shuk menjaja cerita buruk mengenai rumah tangga mereka kepada rakan-rakan.

Advertisement

Malah, individu itu turut menempelak sikap Fara yang memuat naik foto rakan-rakan Shuk di media sosial.

Awak yang mengumpat suami awak dekat media sosial adalah. Awak malukan suami awak waktu tengah berniaga di Singapura.

Suami awak tak pernah backup siapa-siapa termasuklah tak pernah bercerita pasal awak. Dan kami pun tak pernah nak tahu cerita pasal awak. Apa yang best sangat cerita pasal awak.

Cukuplah burukkan suami dekat media sosial. Betul atau tidak itu antara awak berdua. Ke, awak sengaja biar orang pandang suami awak jahat.

Difahamkan, isu itu bermula apabila Fara dan Shuk bergaduh ketika berniaga kek tapak kuda.

Penjelasan rakan SHuk

Terdahulu, Fara meluahkan rasa kesal dengan tindakannya menikahi Shuk selain mendakwa pelawak itu kaki kongkong, baran dan mementingkan rakan-rakan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Shuk Sahar
3 months ago

"Seumur Hidup Aku Tak Pernah Cerita Buruk Tentang Orang" - Shuk Sahar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...