Sekali lagi usahawan yang dikenali ramai iaitu Datuk Seri Aliff Syukri tidak melepaskan peluang keemasan untuk mengeluarkan lagu raya baharu yang berjudul Kepelak Kelepuk Raya.
Terbaharu, Aliff Syukri ada memuat naik teaser lagu berkenaan di Instagram, namun respon yang diterima daripada netizen menunjukkan mereka berasa kurang selesa dengan tiga penari latar di dalam video terbabit.
View this post on Instagram
Menurut netizen, ketiga-tiga penari latar itu tidak melambangkan seperti imej umat Islam kerana berpakaian yang dianggap tidak senonoh dan menari berlebihan.
Malah, mereka turut merasakan ianya kurang sesuai untuk dipertontonkan kepada umum, lagi-lagi ketika bulan Ramadan yang mulia ini.
Sekadar info, tahun lalu juga Aliff menggunakan penari latar yang sama untuk menari di dalam muzik video lagu rayanya berjudul Lala Raya.
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.