Buruh Ladang Kelapa Sawit Didakwa Rogol Dan Cabul Adik Ipar Berusia 11 Tahun

Trending

Buruh Ladang Kelapa Sawit Didakwa Rogol Dan Cabul Adik Ipar Berusia 11 Tahun

Apabila nafsu menguasai diri, mangsa yang masih ‘mentah’ turut menjadi mangsa kerakusan orang lain.

Tular di sosial media kini mengenai seorang buruh ladang kelapa sawit yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan merogol dan mencabul adik iparnya yang  baru sahaja berusia 11 tahun pada September tahun lalu. Kejam!

Tertuduh yang berusia 19 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Advertisement

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah merogol adik ipar yang berusia 11 tahun yang mana perhubungan dengan kanak-kanak perempuan itu tidak dibenarkan mengikut undang-undang, hukum agama, adat atau berkahwin dengannya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lapan tahun hingga 30 tahun dan 10 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan oleh tertuduh di dalam bilik sebuah rumah di daerah Kuala Krai kira-kira pukul 8 pagi pada 2 dan 6 September 2020.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Amir Shariffuddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Terdahulu, Sharifah Amirda memohon tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadap kedua-dua pertuduhan yang dihadapi tertuduh.

Pun begitu, tertuduh dalam rayuannya merayu agar mahkamah menawarkan jaminan terhadap kedua-dua pertuduhan. Namun, Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan jaminan dan menetapkan tarikh 28 April depan untuk sebutan semula kes.

Banyak betul kes begini. Semoga mangsa sentiasa mendapat keadilan yang sewajarnya. Aamiin.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...