Burger King Tawar Promosi Khas Sempena Valentine Dengan Hanya Sekeping Gambar Bekas Kekasih Anda

Trending

Burger King Tawar Promosi Khas Sempena Valentine Dengan Hanya Sekeping Gambar Bekas Kekasih Anda

Sempena Hari Kekasih yang akan tiba tak lama lagi, Burger King akan membantu meredakan kesedihan kepada golongan ‘single’ di luar sana dengan promosi khas mereka. Burger King dengan bermurah hatinya akan menghadiahkan burger ikonik mereka ‘Whooper’ secara percuma.

Macam mana nak dapatkan promosi khas ini? Dengan hanya memberikan sekeping gambar bekas kekasih anda, anda layak untuk mendapat promosi istimewa pada 14 Februari ini. Rangkaian makanan segera ini akan memberikan “breakup boxes” di beberapa lokasi di New York City, Los Angeles, San Francisco dan Boston.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Burger King (@burgerking) on

Promosi ini juga merupakan kerjasama bersama Warners Bro untuk mempromosikan filem DC yang terbaru iaitu “Birds of Prey” yang menampilkan Harley Quinn dalam meraikan perpisahan. Ianya juga untuk meraikan hari Anti Valentine sempena watak Harley Quinn di dalam filem itu.

“Untuk Hari Valentine ini, siapa perlukan Joker bila anda boleh dapatkan King?”

burger king

Tapi sayangnya, promosi ini hanya berlangsung di United States sahaja buat masa ini. Dan rasa-rasanya, jika promosi ini berlangsung di Malaysia, adakah anda sanggup menukarkan gambar bekas kekasih untuk dapatkan burger percuma?

Sebelum ini, Burger King berjaya menarik perhatian dengan mesej perpisahan yang diberikan sempena penutupan cawangan McDonald’s. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Netizen Jepun Bongkar Mesej Di Sebalik Ucapan Perpisahan Yang Sinis Dari burger king Kepada McDonald’s

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...