Saat ini, sedang viral diperkatakan mengenai satu burger daging babi yang dijual oleh satu rangkaian makanan segera yang dinamakan P. Ramly.

Apa yang menarik, jurucakap rangkaian restoran itu memberitahu P ialah singkatan bagi perkataan pork manakala nama Ramly dipilih kerana ia nama yang biasa dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Rata-rata Netizen membantah penggunaan nama itu kerana ia hampir serupa dengan nama Seniman Malaysia, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang merupakan satu ikon seni dan budaya masyarakat Malaysia. Tambahan pula P.Ramlee beragama Islam.
Dah macam takde nama lain. pic.twitter.com/etQec6qS61
— Juju (@arJUJUmand) October 25, 2016
Kenapa P. Ramly. Guna je lah nama Pork Yun Fat ke. Nak dpt publisiti murahan la tu. Dasar. https://t.co/oDGDdLl1Ro
— Luftmensch (@_keiMD_) October 25, 2016
Apa sebenarnya motif namakan burger babi P. Ramly ni?
P as in pork?
And could Ramly refer to the evergreen Ramly burger?
Jadi apa motifnya?— admtnmkrz (@ATMology) October 25, 2016
Bagaimanapun, bagi beberapa orang Netizen bukan Melayu, ia bukan isu besar kerana nama P.Ramly bukan satu tanda dagangan.
Ada yang memohon agar rangkaian restoran yang memperkenalkan nama ini sebagai burger daging babi diambil tindakan kerana ia disifatkan satu bentuk provokasi dan juga mengambil kesempatan dari populariti P. Ramlee yang terkenal di kalangan anggota masyarakat Malaysia berbilang kaum.-amazingnara.com