Burger Bakar Abang Burn Memang Terbaik!!!

Hiburan

Burger Bakar Abang Burn Memang Terbaik!!!

Baru-baru ini, Abang Nara sekeluarga telah pergi ke Taman Dagang, Ampang untuk mencuba burger yang menjadi bualan ramai iaitu Burger Bakar Abang Burn.

burger bakar abang burn

Advertisement

Apa yang menariknya mengenai Burger Bakar Abang Burn ini ialah layanan yang sangat pantas. Tak perlu beratur panjang-panjang sampai 2,3 jam. Tak sampai 10 minit Insya Allah akan sampai turn anda. Mungkin kerana pekerjanya yang ramai dan cekap.

burger bakar abang burn

Sampai-sampai, Abang Nara terus order Meatball Abang Burn. Nampak menyelerakan walaupun hanya tengok di menu. Harga pun boleh tahan. Hanya RM9.90 je.

burger bakar abang burn

Wife Abang Nara pulak order burger tower kawin (gabungan ayam, lembu dan kambing) dan burger kambing bakar. Ingatkan boleh la habiskan semua sebab memang tengah lapar gila. Sekali bila order sampai, terkejut beruk Abang Nara dibuatnya.

burger bakar abang burn

Besar gila kot burger Abang Burn nie. Meatballnya pun banyak kuantiti. Tak ciput macam sesetengah kedai lain. Abang Nara dan wife dah tersenyum kambing. Confirm kena tapau sebab tak habis makan nie.
burger bakar abang burn

Nah gambar close up untuk korang. Tengok sos yang meleleh tue pasti air liur korang terkeluar kan? Hehehe. Cuba tengok gambar close up meatball pulak.

burger bakar abang burn

Burger Bakar Abang Burn kini sudah ada 17 cawangan di seluruh Malaysia. Itu semua dalam tempoh masa 1 tahun sahaja penubuhannya. Mantap kan? Yang lagi mantap ialah rasa, layanan dan cara persediaan di kesemua 17 cawangan ini adalah sama. Memang terbaik!!!

burger bakar abang burn

Keenakan Burger Bakar Abang Burn memang tak boleh dinafikan lagi. Wife Abang Nara punyalah bz makan sampai nak ambil gambar pun kena snap macam tue je. Terutama meatball yang kenyal dan penuh rasa daging. Memang sedap kata wife Abang Nara.
burger bakar abang burnTerima kasih Abang Burn atas burger bakar anda yang sedap. Lain hari, pasti kami akan datang lagi. Jangan lupa untuk LIKE Facebook Burger Bakar Abang Burn untuk mengetahui informasi dan promosi terkini daripada mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...