Baru-baru ini, Abang Nara sekeluarga telah pergi ke Taman Dagang, Ampang untuk mencuba burger yang menjadi bualan ramai iaitu Burger Bakar Abang Burn.
Apa yang menariknya mengenai Burger Bakar Abang Burn ini ialah layanan yang sangat pantas. Tak perlu beratur panjang-panjang sampai 2,3 jam. Tak sampai 10 minit Insya Allah akan sampai turn anda. Mungkin kerana pekerjanya yang ramai dan cekap.
Sampai-sampai, Abang Nara terus order Meatball Abang Burn. Nampak menyelerakan walaupun hanya tengok di menu. Harga pun boleh tahan. Hanya RM9.90 je.
Wife Abang Nara pulak order burger tower kawin (gabungan ayam, lembu dan kambing) dan burger kambing bakar. Ingatkan boleh la habiskan semua sebab memang tengah lapar gila. Sekali bila order sampai, terkejut beruk Abang Nara dibuatnya.
Besar gila kot burger Abang Burn nie. Meatballnya pun banyak kuantiti. Tak ciput macam sesetengah kedai lain. Abang Nara dan wife dah tersenyum kambing. Confirm kena tapau sebab tak habis makan nie.
Nah gambar close up untuk korang. Tengok sos yang meleleh tue pasti air liur korang terkeluar kan? Hehehe. Cuba tengok gambar close up meatball pulak.
Burger Bakar Abang Burn kini sudah ada 17 cawangan di seluruh Malaysia. Itu semua dalam tempoh masa 1 tahun sahaja penubuhannya. Mantap kan? Yang lagi mantap ialah rasa, layanan dan cara persediaan di kesemua 17 cawangan ini adalah sama. Memang terbaik!!!
Keenakan Burger Bakar Abang Burn memang tak boleh dinafikan lagi. Wife Abang Nara punyalah bz makan sampai nak ambil gambar pun kena snap macam tue je. Terutama meatball yang kenyal dan penuh rasa daging. Memang sedap kata wife Abang Nara.
Terima kasih Abang Burn atas burger bakar anda yang sedap. Lain hari, pasti kami akan datang lagi. Jangan lupa untuk LIKE Facebook Burger Bakar Abang Burn untuk mengetahui informasi dan promosi terkini daripada mereka.