Bunyi Menggerunkan Dari Langit Ada Penjelasan Saintifik

Trending

Bunyi Menggerunkan Dari Langit Ada Penjelasan Saintifik

Kebelakangan ini, sering ditemui berita tentang bunyi-bunyian misteri yang didengari dengan kuat dari langit-langit seluruh dunia—dan dalam sesetengah kes, begitu kuat sehingga membunyikan penggera kereta. Bunyi yang menakutkan itu didengari di Eropah sehingga ke Kanada, seperti sesuatu menggeram dan seperti tiupan trumpet yang berkuasa.

Di Jerman, bunyi ini didengari berpunca dari langit, direkod menggunakan kamera dan dimuat naik ke YouTube, dengan dilatari bunyi penggera kereta.

Internet telah dipenuhi perbincangan tentang teori dari mana asalnya bunyi tersebut, begitu juga penganut-penganut pelbagai agama yang menyatakan ia adalah tanda dunia akan berakhir yang semakin hampir.

Advertisement

Tetapi pakar-pakar mendakwa ada penerangan yang rasional tentang fenomena itu.

Profesor fizik Universiti Saskatchewan, Jean-Pierre St. Maurice memberitahu CTV yang ia ialah bunyi elektro magnetik yang dihasilkan dari fenomena aurora dan peredaran radiasi.

Geosaintis David Deming dari Universiti Oklahoma, sementara itu, sebelum ini telah menulis tentang fenomena yang digelar The Hum – ‘bunyi misteri dan tidak dapat dikesan yang didengari di lokasi-lokasi tertentu di seluruh dunia oleh dua hingga 10 peratus populasi’

Menulis dalam Jurnal Eksplorasi Saintifik, dia berkata yang punca The Hum juga mungkin termasuk transmisi telefon dan pesawat udara yang dioperasikan oleh Amerika Syarikat bagi tujuan komunikasi bawah laut.

Menurut NASA, bumi mempunyai ‘pancaran radio semula jadi’.

Agency berkata:

Sekiranya manusia mempunyai antena radio bagi menggantikan telinga, kita akan mendengar simfoni bunyian pelik yang mengagumkan, datangnya dari planet kita sendiri. Saintis memanggilnya “tweeks,” “whistlers” dan “sferics.

Mereka kedengaran seperti muzik latar belakang dari sebuah filem sains fiksyen. Pancaran radio semula jadi Bumi ialah sesuatu yang benar dan walaupun kadangkala kita tidak mendengar, mereka sentiasa ada di sekeliling kita.

Sebagai contoh, kilat boleh menghasilkan bunyi pancaran radio semula jadi yang menakutkan.

Gempa bumi jua boleh menghasilkan bunyi yang tidak didengari, menurut seismologis Brian W Stump dari Universiti Methodist Utara di Dallas. Sekiranya anda ingin menonton klip video bunyian pelik yang dimaksudkan, tonton di sini:

***

Sumber.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

7 Comments

  1. Hamba ALLAH juga

    May 2, 2012 at 12:12 am

    X dgr p0n

  2. hamba ALLAH

    April 27, 2012 at 12:50 am

    marilah kita sama2 cepat2 bertaubat selagi masih ada sedikit waktu ini ….