Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka, gelaran anak dara diberikan kepada mereka yang belum berkahwin ataupun anak perempuan yang sudah besar namun masih belum disunting oleh mana-mana lelaki.
Namun, satu hantaran yang dimuat naik di Twitter ini telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila seorang individu merasakan penggunaan terma anak dara itu kedengaran seperti panggilan untuk perempuan murahan. Lah pulak?
Kata individu itu, ayat anak dara itu telah menyinggung hati dan perasaan mereka apatah lagi diguna pakai oleh kaum lelaki kepada dirinya.
Dipanggil sebagai ‘anak’ dara kedengaran sangat murah. Saya jemu mendengarnya.
Ternyata, hantaran tweet tersebut telah menarik perhatian netizen yang rata-rata tampil menghentam individu itu yang tidak semena-mena beranggapan sedemikian.
Tak faham kenapa panggilan anak dara dianggap sebagai murahan. Sedangkan ia digunakan sejak zaman nenek moyang lagi. Kenapa tiba-tiba jadi murahan pula.
Ada pula yang menyindiri tuan punya tweet itu dengan beranggapan dia sudah ‘ditebuk tupai’ dan sebagainya.
Dalam pada itu, sesetengah netizen menganggap lelaki yang mengkritik individu berkenaan sebagai tidak layak memberikan pendapat kerana bukan mereka yang dipanggil dengan gelaran sedemikian.
Wah, macam- macam ye!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.