Bunyi Letupan Tiga Kali, Pod Dalam Beg Pinggang Meletup Dan Duit Terbakar

Trending

Bunyi Letupan Tiga Kali, Pod Dalam Beg Pinggang Meletup Dan Duit Terbakar

Semakin ramai anak muda yang bertukar kepada rokok elektronik sejak ia diperkenalkan beberapa tahun yang lalu. Ini kerana mereka mendakwa rokok elektronik mampu menjimatkan duit selain mempunyai flavour yang sedap.

Namun, tahukah anda, ia juga boleh membahayakan nyawa disebabkan bahan elektronik yang terdapat didalamnya.

Advertisement

Khamis lalu, tular kisah remaja yang mendengar bunyi letupan kecil semasa dalam perjalanan ke tempat kerja kemudian disusuli asap yang keluar daripada beg miliknya.

Ajwad Jaris,22 mendapati rokok elektronik atau biasa dipanggil pod meletup di dalam beg miliknya.

“Saya baru keluar nak pergi kerja dan sedang memandu kereta. Ketika keluar simpang, saya dengar bunyi letupan tiga kali. Ketika itu, saya tak boleh nak hentikan kereta dengan mengejut, jadi saya campak beg ke bahagian kerusi penumpang”.

“Saya buka tingkap untuk bagi asap keluar. Saya periksa beg dan mendapati power bank masih elok. Rupa-rupanya pod yang saya baru beli dalam sebulan atau dua bulan lepas yang meletup”.

Menurut mStar, dia yang mesra dipanggil Ajwad, berasal dari Temerloh, Pahang memberitahu duit kertas RM10 sebanyak lima keping turut rosak kerana letupan itu. Beg miliknya juga tembus dan pod itu turut musnah.

“Beg saya bocor di bahagian depan. Mujur tak bocor di bahagian perut tempat saya pakai beg itu. Duit sejumlah RM50 terbakar. Saya dah pergi tukar di bank dan berjaya dapatkan RM40. Lagi RM10 memang dah tak boleh tukar”.

pod terbakar

Pod memang tak boleh guna terus. Syarikat pengeluar juga dah hubungi saya dan sedang siasat punca kejadian”.

Perkongsian tersebut tular selepas ia dikongsi di Twitter manakala di Facebook, dia menerima ribuan kecaman daripada warganet.

“Saya kongsi di Twitter, tak sangka akan viral. Kebanyakkan orang di Twitter beri sokongan dan berkongsi panduan keselamatan”.

“Tapi bila ada satu page kongsikan kisah saya di Facebook, saya lihat hampir 6,000 komen kecaman. Mereka kata, kalau tak pandai guna, jangan pakai, menyusahkan orang. Saya gelak tak berhenti baca semua komen. Tapi saya tak ambil hati”.

Ajwad yang bekerja sebagai penyelia tapak pembinaan berkata, dia sudah menggunakan rokok elektronik sejak berusia 18 tahun untuk mengurangkan ketagihan merokok. Sehingga kini, ini merupakan pengalaman pertama yang menimpanya.

“Saya dah guna enam pod. Kalau saya tak pandai pakai, yang pertama dulu mesti sudah rosak”.

“Memang ada target nak berhenti terus, tapi perlahan-lahan saya cuba”.

Perkongsian di Twitter meraih lebih 7,000 retweet.

SUMBER

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...