Bunyi Ayam Berkokok Ketika Sesi PdPR, Netizen Terhibur Cikgu Terlatah ‘Nate Aye’

Kehidupan

Bunyi Ayam Berkokok Ketika Sesi PdPR, Netizen Terhibur Cikgu Terlatah ‘Nate Aye’

Pandemik Covid-19 ini pastinya mengajar kita untuk bekerja dalam situasi yang agak berbeza. Baik dari aktiviti harian dan kehidupan, semuanya berubah sedikit demi sedikit mengikut norma baru. Dalam kita sibuk menyelesaikan urusan, mestilah ada cabaran dan dugaannya kan.

Tambah-tambah lagi, proses pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sudah pun berjalan melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Advertisement

Terbaru, satu video berdurasi 22 saat memaparkan ‘struggle’ seorang guru ketika membuat rakaman ketika hari pertama pdPR, membuatkan netizen geli hati.

Video itu memperdengarkan bunyi kokokan ayam yang sahut- menyahut ketika guru itu sedang bercakap, sehingga dia tidak dapat mengawal reaksi muka dan mengeluarkan kata spontan dan lucu dalam dialek Kelantan.

Sumber : Facebook Sohailawati

Ayam-ayam hutan peliharaan Cikgu Sohailawati yang viral

Menurut mStar, guru yang bernama Sohailawati Ibrahim itu berkata, momen itu berlaku ketika 20 Januari iaitu hari pertama PdPR.

Guru itu turut menceritakan detik lucu itu dimana dia sedang membuat persediaan untuk sesi orientasi murid prasekolah. Namun niatnya untuk membuat rakaman terbantut seketika dek bunyi kokokan ayam yang nyaring. Haha!

“Entah dari mana datangnya ayam-ayam ni, sebelum itu saya dah dua kali take, tak ada pula bunyi ayam. Tiba-tiba masa tekan butang on record kali ketiga tu, ayam pun berkokok.

Situasi ini menjadi lebih kelakar apabila guru ini terlatah “nate aye” iaitu binatang ayam. Macam-macam ya.

Sohailawati Ibrahim turut memaklumkan bahawa dia tidak menyangka video itu boleh viral kerana pada awalnya, video rakaman itu hanya dikongsi di Group WhatsApp untuk berkongsi pandangan.

“Masa itu saya berseloroh jangan share di mana-mana, nanti viral..pada awalnya video tersebut dikongsi buat hiburan group sekolah dan keluarga saja, entah macamana viral baru-baru ini.

Ketika sudah tular, Sohailawati yang menetap di Pengkalan Chepa, Kelantan itu turut meluahkan rasa bimbang dan takut jika kerjayanya sebagai seorang guru memberi kesan kepada imej sekolah dan pendidik.

Tetapi, semuanya baik baik sahaja. Malah, diberi kata kata positif dan penghargaan kerana kecekalannya untuk menyampaikan ilmu walau berdepan pelbagai halangan. Baguslah begitu kan.

Pun begitu, Sohailawati bagaimanapun sangat gembira kerana ramai yang geli hati dan memberi pujian kerana kegigihan para pendidik untuk menyampaikan ilmu.

“Itulah..kerana ayam, tak sangka pula tuannya viral. Saya okay saja jika ia menghiburkan ramai orang.

“Saya juga nak ucapkan tahniah kepada semua guru yang gigih untuk memastikan PdPR berjalan seperti biasa walaupun dalam norma baharu” demikian kata akhir dari guru itu.

Sebagai selingan setelah viral, guru tersebut ada berkongsi video dirinya yang tular di laman Facebook miliknya. Semoga terhibur.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...