Penduduk di sebuah kampung di negara ini bertindak membunuh seekor ular sawa besar yang dipercayai ‘kenyang’ telah memakan seekor anak lembu milik mereka, lapor portal Dailymail.
Namun, sangkaan mereka ternyata meleset selepas ular sawa berperut besar itu dibelah perut, tiada bangkai lembu dijumpai. Sebaliknya terdapat berpuluh-puluh biji telur belum matang dimana ia merupakan seekor ular sawa betina yang sedang bunting.
Mereka yang terkejut pada awalnya bagaimanapun telah mengeluarkan semua telur itu di mana ia dijadikan makanan unik yang sukar dan jarang dijumpai.
Rata-rata netizen menempelak tindakan mereka ini dan mereka disifatkan perbuatan itu sebagai tindakan yang tidak bertanggungjawab,
Ada juga yang bersyukur kerana ular berkenaan tidak berjaya membiakkan telurnya, ini kerana ujar mereka dari gambar ular berkenaan adalah mirip seperti anaconda yang merupakan reptilia yang merbahaya di sana.