Bunuh Jiran Demi Dapatkan Samsung J2 Untuk Hadiahkan Kepada Kekasih

Trending

Bunuh Jiran Demi Dapatkan Samsung J2 Untuk Hadiahkan Kepada Kekasih

Demi hadiahkan telefon pintar kepada kekasih, seorang lelaki di Jawa Timur, Indonesia, ditahan selepas didakwa mencekik jirannya hingga mati, sebelum mencuri telefon bimbit miliknya.

Advertisement

Lelaki yang dikenali dengan nama Mamang itu, bertindak sedemikian kerana mahu mendapatkan telefon bintar yang diidamkan oleh kekasihnya.

Di pasaran Indonesia, harga Samsung J2 itu dianggarkan Rp1,599,000 (RM476).

Menurut laporan media Indonesia, pada mulanya, kematian mangsa, Maratus Sholikah, 37 tahun, dianggap sebagai mati mengejut.

Namun selepas bedah siasat, pihak berkuasa mendapati ada banyak keraguan pada cara kematian mangsa, selain terdapat kesan lebam di bahagian lehernya.

Jurucakap polis, Iptu Suparman, memaklumkan, siasatan kemudiannya membawa kepada penahanan suspek.

“Pihak penyiasat menghubungi telefon bimbit mangsa dan ia dijawab oleh teman wanita suspek. Suspek kemudiannya ditahan dan mengakui telah mencekik mangsa untuk mendapatkan telefon berkenaan.

“Suspek mengakui bergelut dengan mangsa selepas mangsa enggan menyerahkan telefon itu, dan bertindak mencekik dan menekup muka mangsa dengan bantal,” katanya.

Suspek berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun jika sabit kesalahan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...