Bunuh Bekas Tunang Kerana Cemburu, Muhammad Irshaduddin Ke Tali Gantung

Trending

Bunuh Bekas Tunang Kerana Cemburu, Muhammad Irshaduddin Ke Tali Gantung

Muhammad Irshaduddin Kahlis Nasuruddin, 25, dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi semalam kerana membunuh bekas tunangnya di Kluang, dua tahun lalu.

Advertisement

Arwah Nursyafikah Ahmad Ismail, ditikam oleh bekas tunangnya dengan menggunakan sebilah pisau pada 10 April 2015, sekitar jam 5.40 petang di kawasan pasar raya Econsave, Jalan Mersing.

Muhammad Irshaduddin dilaporkan mengambil tindakan itu kerana cemburu bila mengetahui mangsa telah bertunang dengan lelaki lain dan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Pesuruhjaya Kehakiman, Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh.

Muhammad Irshaduddin yang menerima hukuman itu sempat berkata,

“Saya mohon maaf kepada semua” pada ahli keluarga arwah bekas tunangnya yang turut berada di perkarangan mahkamah sambil menitiskan air mata.

Sumber : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...