Bunuh Anak Empat Tahun Lalu, Suami Isteri Terima Hukuman Gantung Mandatori

Trending

Bunuh Anak Empat Tahun Lalu, Suami Isteri Terima Hukuman Gantung Mandatori

Berat untuk diterima, namun itulah hakikat yang harus dipikul  suami isteri ini selepas dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi.

Mereka didapati bersalah membunuh anak lelaki mereka berusia lapan tahun di premis pusat urut tempat mereka bekerja, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin menjatuhi hukuman itu ke atas Aaron Teoh Eng Wan, 37, dan isterinya, En Sit Mooi, 40, selepas memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Advertisement

“Terdapat bukti yang banyak bahawa pasangan ini telah melakukan pembunuhan dan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah”

Sebaik hukuman itu diputuskan, pasangan itu kelihatan kelu dan kemudiannya menangis di dalam kandang tertuduh.

Terdahulu, pasangan itu didakwa membunuh anak lelaki mereka, Adrian Teoh Wai Kit, yang merupakan anak sulung daripada dua beradik di sebuah premis di Regalia Business Centre, Subang Jaya antara 2 petang dan 3.30 petang pada 26 Mei 2017.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Aaron dan En juga dijatuhi hukuman penjara lapan tahun bermula dari hari pertama mereka didakwa (5 Jun 2017) bagi pertuduhan kedua, iaitu melakukan penganiayaan sehingga mendatangkan kecederaan terhadap mangsa di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Bukan itu sahaja, keputusan makmal patologi telah pun mengesahkan bahawa kecederaan lama di mana terdapatnya kesan patah tulang rusuk dan kecederaan baharu yang menyebabkan kematian.

Menurut siasatan, sebelum meninggal dunia, mangsa telah dipukul oleh ibu bapanya menggunakan rotan dan kayu.

Suami isteri digantung

Keterangan pakar patologi menunjukkan punca kematian kanak-kanak itu adalah akibat pendarahan di bawah kulit dan otot yang meluas serta teruk akibat daripada hentakan tumpul berganda.

Keterangan saksi pendakwaan lain seperti ahli kimia juga mengesahkan bahawa terdapat asid deoksiribonukleik (DNA) milik Aaron serta mangsa pada rotan yang ditemui di tempat kejadian.

Antara bukti lain juga dapat dilihat berdasarkan video rakaman litar tertutup (CCTV) di premis tersebut, En dilihat beberapa kali mengheret mangsa yang dalam keadaan sangat lemah serta tidak bermaya.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...