Buntu Nak Cari Baju Kahwin? Anda Bertuah Jika Ada 5 Jenis Kawan Seperti Ini. Sangat Membantu Okey!

Trending

Buntu Nak Cari Baju Kahwin? Anda Bertuah Jika Ada 5 Jenis Kawan Seperti Ini. Sangat Membantu Okey!

9a8d0b6e1f49e01fe0e22e4585afdb0a

Kadangkala memang ramai yang memerlukan bantuan kawan-kawan untuk cari baju dan jenis kain yang sesuai untuk dipakai ketika majlis kahwin terutama perempuan. Sebab detik indah tu sangat bermakna, dah tentu nak happy2 kan.

Advertisement

Tapi yang jadi masalah tatkala sampai tak tahu nak cari jenis macam mana, warna apa, cantik ke tak dan sebagainya.

Jadi admin share dengan korang jenis kawan yang boleh membantu jika rasa buntu ketika nak mencari baju kahwin.

#1: Yang ‘fashionista’.
Dia tahu style ini season apa. Dia tengok sahaja design baju, dia sudah tahu siapa designer dan harganya. Chances are, dia yang tahu design dan warna yang sesuai untuk anda. Yes, dia boleh jadi bising sikit dan a bit controlling, lagi-lagi bila dia tahu anda percayakan taste dia, tapi dia memang akan menjadi sangat membantu. Sebelum pergi survey baju, tunjuk dia style yang anda berkenan untuk lebih fokus nanti di butik.

#2: Yang keibuan sikit.
Dalam banyak-banyak kawan anda, dia ini yang macam ibu-ibu sikit. Mungkin tidak dari segi pembawakan dan pemakaian, tapi mungkin dari segi pemikiran. Dia boleh point out jika baju anda terlalu ketat, sedikit seksi, tak sesuai untuk dipakai di hadapan hadirin yang rata-ratanya rakan ibu bapa anda etc. Yes. Keep her.

#3: Yang teliti.
Kawan anda yang ini boleh nampak jika ada cela pada baju anda atau apa-apa perkara lain yang perlu diberi perhatian. Kadang kala, walaupun mungkin sekarang tidak terasa sangat, bila anda sudah jumpa ‘the perfect wedding dress’,ada kemungkinan anda akan dilitupi kegembiraan dan keterujaan sehinggakan semuanya nampak sempurna di mata anda. Kawan anda yang ini boleh bantu anda di saat anda teruja itu.

#4: Yang jujur dan ‘straightforward’.
Dalam mencari baju kahwin, anda perlu kawan yang benar-benar jujur. Kalau cantik, dia cakap cantik. Kalau tidak, biar dia cakap tidak. At least, anda tahu yang komen rakan anda ini jujur daripadanya.

#5: Your bestfriend.
Well, sebenarnya bestfriend anda selalunya dah merangkumi keempat-empat kategori di atas. Dia lah yang paling tahu pasal design baju kahwin zaman sekarang, sebab anda bestfriendnya yang akan berkahwin – dia sudah google awal-awal. Dia jugalah yang tahu bagaimana parents anda fikir. Jadi dia tahu apa yang ketat, apa yang okay di mata parents anda. Again, sebab anda yang kahwin, dia akan betul-betul tengok baju yang dipilih anda. Setiap jahitan pun dia akan tengok. And yes, dalam walau apa keadaan pun, dia akan bagitahu yang betul. Contohnya, jika anda nampak seperti walrus dalam baju yang anda pilih. You know, things like that. Tapi anda tahu yang dia hanya mahu yang terbaik untuk anda.

Sumber : Ikahwin & Afnan Omar

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...