March 16th, 2012

Filem Bunohan arahan Dain Said mendapat liputan luas di media konvesional dan sosial kerana memenangi beberapa anugerah di festival filem antarabangsa, termasuk Anugerah NETPAC di Festival Filem Taiwan November tahun lepas. Tetapi setakat 13 Mac, kutipan filem ini baru mencecah RM 330,000.

Sumber

Bagi kami, filem ini amat baik dari segi sinematografi, sudut kamera yang kreatif, latar belakang yang menarik dan mood filem yang ‘gelap’. Tetapi menurut ahli-ahli akedemik dari Universiti Malaya, filem ini agak keliru dengan apa yang ingin disampaikannya.

Mengikut laporan Mstar, Pensyarah Pengajian Media, Universiti Malaya, Ana Balqis berkata, Dain Said selaku pengarah filem itu terlepas pandang beberapa elemen penting termasuk bahasa dan plot filem yang bercelaru:-

 Saya akui Bunohan sebuah filem yang baik, memberikan cerminan baru pada industri filem kita kerana ia dihasilkan dengan syot dan sinematografi yang berbeza daripada lambakan filem Melayu yang sedia ada.

Dalam filem ini, kita tidak disogokkan dengan syot-syot membazir yang ribuan kali kita tonton dalam filem-filem Melayu sebelum ini seperti syot di meja makan, babak solat, berselisih bahu di pintu dan sebagainya.

Sayangnya, jika cerita dan pengisian filem ini digarap dengan menekankan dan penelitian pada aspek sosiobudaya, antropologi dan bahasa, pasti ia jadi lebih baik.

Saya melihat jika dia (Dain) sudah memilih bumi Kelantan sebagai latar belakang filem ini, maka dia harus memaparkan segala aspek berkaitan Kelantan termasuk linguistik, sosiobudaya dan agama dengan tepat dan bersesuaian.

Ciri-ciri bahasa filem yang terbahagi pada non-verbal dan verbal dilihat tidak seimbang. Aspek non-verbal atau bukan pertuturan seperti paparan awan kelabu dan alam sekitar dilihat berjaya tetapi ia gagal pada aspek pertuturan, di mana dialek yang dituturkan para pelakon adalah tidak tepat.

Jika penuturan itu tidak tepat, maka pentafsiran penonton juga akan salah tentang cerita filem ini.

Manakala Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah pula berkata, Bunohan adalah sebuah karya yang benar-benar berlainan, tetapi tidak menghasilkan dramaturgi yang diperlukan dalam sesebuah filem untuk memudahkan ia diterima ramai.

Di situlah ada saka, nak cerita tentang dukun, pergaduhan adik-beradik, permainan wayang kulit dan perlawanan Tomoi. Semua benda hendak disumbatkan dalam satu masa. Ia sebenarnya telah menyimpang daripada asas dramaturgi yang sebenar

Jika anda ingin membaca keseluruhan artikel di Mstar, klik di sini.

Sementara itu, kami telah meninjau rating untuk filem ini di IMDb (Internet Movie Database). Filem ini telah diberi markah oleh 36 orang, termasuk dua orang dari Amerika Syarikat. Dari Amerika Syarikat, 2 orang penonton tersebut memberikan markah purata 3.5 dari 10.

Manakala yang selebihnya bukan dari Amerika Syarikat (kami menganggap dari Malaysia) memberikan markah purata 6.9 dari 10 markah. Untuk pasaran antarabangsa, tajuk filem ini ialah ‘Return To Murder’, dan seorang pengktitik, Nicholeas Bell dari IONCINEMA.com memberikan pendapat:-

“The sophomore effort of Malaysian director Dain Said, Bunohan, plays like King Lear in a murky, jungle landscape, with the narrative focus being transposed to three very estranged brothers. Despite a narrative that seems rife with tragic and violent implications, this surprisingly tame tale has trouble setting a clear tone or managing to bring anything refreshing to the well-tread territory of the ties that bind.”

Tetapi filem ini menerima rebiu yang agak baik dari Kristin Dreyer Kramer dan Peter Martin. Anda ada pendapat? Sila tinggalkan pendapat anda di ruangan komen.


123 responses to “Bunohan Kutip RM 330,000 sehingga 13 Mac, Terima Rating 6.3 Di IMDb, Sebuah Filem Yang Mengelirukan?”

  1. nanana says:

    x bes pun. pasal tanah je keje cite melayu ni.

  2. len says:

    cerita ini best. dan tidak boring. dan cantik. dan penuh makna.

  3. menarichachacha says:

    satu masalah je segolongan drpd msyarakat kita skang.. diorg x bleh menerima kelainan . otak mereka dahh set , apa yg ptut diterima . apa yg xboleh . Aku mengaku aku ni anak jati bumi kelantan . aku bangga dengan Mr. Dain Said dpat mengeluarkan filem Bunohan ni . Masalah ni bkan hanya timbul sbb Bunohan shaja. kita jga dpat tgk satu lagi filem Songlap . Masalah nya sama. segolongan masyarakat x bleh terima . mereka hanya memerlukan filem yang straight foward seperti , botol kicap , adnan sempit ape smua tu . Bagi aku, filem mcm tu la melemahkan minda2 golongan muda skang. Ape slah nya berfikir utk memahami . bagi pandangan aku , malaysia perlu menitik beratkan industri perfileman negara . it is not impossible if we can make to OSCAR .

  4. ali says:

    one word, masterpiece!

  5. Indraputra says:

    Aku dah tengok filem ni.

    Aku tengok filem ini dengan tekun.

    Aku malas nak cakap banyak.

    Kepada yang belum tgk filem ni, aku nak share satu scene yang ‘super-best’…iaitu satu tanah/kawasan perkuburan di tepi pantai (yang kelihatan terhakis). tak semena2 ada kayu berceracak menunjukkan bekas tapak rumah. Dan, ada tangga batu di situ yang menghala dari daratan…pada saku, puitis sungguh scene ini…yang boleh ditafsirkan dengan bermacam2 cara…

    Sebenarnya banyak lagi scene yang ‘super-best’ dalam filem ni…dan aku malas nak share ngan korang. So, pergilah menonton filem ini di pawagam kerana, di layar lebar, dari mata beratkan jatuh ke hati/rasa..supaya korang dapat alami pengalaman menonton yang luar biasa..melunakkan jiwa korang yang melata dan gerhana.

    SELAMAT MENONTON!!

    p/s : aku takde kene mengena ngan team produksi Bunohan. aku penonton biasa mcm korang, rakyat Malaysia.

    • nur says:

      in conclusion stp org ade pendapat masing2x xperlulah bergaduh mengenai filem jo pakat create revolution hasilkan filem yg bermutu

Loading...