Bunohan Kutip RM 330,000 sehingga 13 Mac, Terima Rating 6.3 Di IMDb, Sebuah Filem Yang Mengelirukan?

Bunohan Kutip RM 330,000 sehingga 13 Mac, Terima Rating 6.3 Di IMDb, Sebuah Filem Yang Mengelirukan?

Filem Bunohan arahan Dain Said mendapat liputan luas di media konvesional dan sosial kerana memenangi beberapa anugerah di festival filem antarabangsa, termasuk Anugerah NETPAC di Festival Filem Taiwan November tahun lepas. Tetapi setakat 13 Mac, kutipan filem ini baru mencecah RM 330,000.

Sumber

Advertisement

Bagi kami, filem ini amat baik dari segi sinematografi, sudut kamera yang kreatif, latar belakang yang menarik dan mood filem yang ‘gelap’. Tetapi menurut ahli-ahli akedemik dari Universiti Malaya, filem ini agak keliru dengan apa yang ingin disampaikannya.

Mengikut laporan Mstar, Pensyarah Pengajian Media, Universiti Malaya, Ana Balqis berkata, Dain Said selaku pengarah filem itu terlepas pandang beberapa elemen penting termasuk bahasa dan plot filem yang bercelaru:-

 Saya akui Bunohan sebuah filem yang baik, memberikan cerminan baru pada industri filem kita kerana ia dihasilkan dengan syot dan sinematografi yang berbeza daripada lambakan filem Melayu yang sedia ada.

Dalam filem ini, kita tidak disogokkan dengan syot-syot membazir yang ribuan kali kita tonton dalam filem-filem Melayu sebelum ini seperti syot di meja makan, babak solat, berselisih bahu di pintu dan sebagainya.

Sayangnya, jika cerita dan pengisian filem ini digarap dengan menekankan dan penelitian pada aspek sosiobudaya, antropologi dan bahasa, pasti ia jadi lebih baik.

Saya melihat jika dia (Dain) sudah memilih bumi Kelantan sebagai latar belakang filem ini, maka dia harus memaparkan segala aspek berkaitan Kelantan termasuk linguistik, sosiobudaya dan agama dengan tepat dan bersesuaian.

Ciri-ciri bahasa filem yang terbahagi pada non-verbal dan verbal dilihat tidak seimbang. Aspek non-verbal atau bukan pertuturan seperti paparan awan kelabu dan alam sekitar dilihat berjaya tetapi ia gagal pada aspek pertuturan, di mana dialek yang dituturkan para pelakon adalah tidak tepat.

Jika penuturan itu tidak tepat, maka pentafsiran penonton juga akan salah tentang cerita filem ini.

Manakala Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah pula berkata, Bunohan adalah sebuah karya yang benar-benar berlainan, tetapi tidak menghasilkan dramaturgi yang diperlukan dalam sesebuah filem untuk memudahkan ia diterima ramai.

Di situlah ada saka, nak cerita tentang dukun, pergaduhan adik-beradik, permainan wayang kulit dan perlawanan Tomoi. Semua benda hendak disumbatkan dalam satu masa. Ia sebenarnya telah menyimpang daripada asas dramaturgi yang sebenar

Jika anda ingin membaca keseluruhan artikel di Mstar, klik di sini.

Sementara itu, kami telah meninjau rating untuk filem ini di IMDb (Internet Movie Database). Filem ini telah diberi markah oleh 36 orang, termasuk dua orang dari Amerika Syarikat. Dari Amerika Syarikat, 2 orang penonton tersebut memberikan markah purata 3.5 dari 10.

Manakala yang selebihnya bukan dari Amerika Syarikat (kami menganggap dari Malaysia) memberikan markah purata 6.9 dari 10 markah. Untuk pasaran antarabangsa, tajuk filem ini ialah ‘Return To Murder’, dan seorang pengktitik, Nicholeas Bell dari IONCINEMA.com memberikan pendapat:-

“The sophomore effort of Malaysian director Dain Said, Bunohan, plays like King Lear in a murky, jungle landscape, with the narrative focus being transposed to three very estranged brothers. Despite a narrative that seems rife with tragic and violent implications, this surprisingly tame tale has trouble setting a clear tone or managing to bring anything refreshing to the well-tread territory of the ties that bind.”

Tetapi filem ini menerima rebiu yang agak baik dari Kristin Dreyer Kramer dan Peter Martin. Anda ada pendapat? Sila tinggalkan pendapat anda di ruangan komen.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...