November 15th, 2011

Ada beberapa filem yang berada dalam senarai antisipasi kami, salah satunya ialah Bunohan. Filem Bunohan ialah sebuah filem bergenre drama aksi dan dibintangi oleh Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae, Namron, Wan Hanafisu, Hushairy Hussin, Amerul Affendi, Jimmy Lor, dan Tengku Azura . Filem ini ditulis, diarahkan, diterbitkan dan juga digarap lakon layarnya oleh Dain Said.

Bunohan ialah sebuah filem mengenai tiga orang saudara: seorang peninju Tomoi, ahli perniagaan dan pembunuh upahan yang bertarung demi nyawa dalam satu perangkap gelap satu penipuan, kekesalan dan pembunuhan. Kalau  poster itu mengujakan anda, apa kata tonton treler filem ini:

Apa yang menarik tentang filem ini ialah ia sudah diprebiukan di tiga festival iaitu World Premiere @ Festival filem Antarabangsa Toronto (8-18 Sept 2011) , tayangan perdana di Amerika Syarikat untuk Austin Fantastic Festival (22-29 Sept 2011) dan tayangan perdana Asia Taipei Golden Horse (November 2011). Kami pasti itu satu pencapaian yang amat baik untuk sebuah filem tempatan. Filem ini dijadual untuk tayangan di pawagam Malaysia pada Mac 2012. Untuk maklumat terkini mengenai filem ini, ikuti Facebook Bunohan.


25 responses to “Bunohan, Filem Berkualiti Malaysia Untuk 2012”

  1. mrlola says:

    ermmm aku kalau abg nara yg cakap best atau wajib tengok ….pikir 20 x wo sebab dah terkena dulu……ni aku nak tunggu komen ramai org utk pastikan aku tak buang masa dan duit dalam panggung

  2. anip bunohan says:

    nampok best..xsbr nk tngk.

Loading...