Bunohan Dinobat Filem Terbaik Di Festival Filem Malaysia Ke 25 (FFM25)

Hiburan

Bunohan Dinobat Filem Terbaik Di Festival Filem Malaysia Ke 25 (FFM25)

Entah mengapa semalam Abang Nara terasa lesu badan dan tiada mood untuk update keputusan FFM25 secara langsung. Tambah teruk apabila Abang Nara naik tidur ketika majlis anugerah masih berlangsung. Mungkin gandingan Fahrin Ahmad dan Erra Fazira selaku pengacara majlis gagal menghangatkan FFM25.

erra fahrin ffm25

Advertisement

Apa pun, jutaan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam pembikinan filem Bunohan. Bunohan bukan sahaja telah dinobat sebagai filem terbaik tetapi turut memenangi 4 kategori lain iaitu Pengarah Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik. Kemenangan ini memang wajar dan tidak harus disangkal lagi.
erra fahrin ffm25
Paling Abang Nara terharu ialah keterharuan yang ditunjukkan oleh Normah Damanhuri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Abang Nara dapat rasakan betapa gembiranya diri Normah Damanhuri selepas memenangi anugerah buat pertama kali di dalam hidupnya. Tak sia-sia Normah Damanhuri pakai baju bling-bling warna merah.

erra fahrin ffm25

Jutaan tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga kemenangan ini menjadi pembakar semangat buat anda untuk terus memajukan industri perfileman Malaysia. Semoga satu hari nanti filem kita akan berjaya di peringkat antarabangsa sekaligus dikenali oleh lebih banyak pihak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...