Semua ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja demi anak mereka. Namun sanggupkah anda mengharungi arus deras sungai demi menghantar anak ke sekolah?
Tular baru-baru ini gambar dan video ibu bapa di Vietnam menghantar anak mereka ke sekolah dengan membungkus mereka di dalam bungkusan plastik.
Tujuan kanak-kanak dibungkus di dalam plastik itu bagi mengelakkan diri mereka basah akibat arus deras sungai.
Bukan hanya perlu menyeberangi arus deras namun mereka juga perlu berjalan kaki sejauh 15km untuk tiba di sekolah.

Kredit: Philipine News

Kredit: Philipine News
Ini telah mendapat perhatian ramai di atas kesedaran tentang pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak mereka.
Faktor paras air yang meningkat ketika musim hujan di perkampungan Huoi Ha, Vietnam itu menyebabkan jambatan yang dibina tidak dapat digunakan.
Penduduk perkampungan yang terpencil dari bandar itu menggunakan cara tersebut untuk ke sekolah pada musim hujan manakala pada musim panas mereka akan menggunakan jambatan.
Netizen turut memuji kekentalan ibu bapa ini yang sanggup bersusah payah demi masa depan anak mereka yang cerah biarpun dalam kesusahan.
Sumber: Zing, Philip News