Bungkus Dan Makan Di Restoran Elak bayar Caj Perkhidmatan

Trending

Bungkus Dan Makan Di Restoran Elak bayar Caj Perkhidmatan

Amalan penjimatan adalah sesuatu perkara yang dititikberatkan bagi merancang kewangan dan perbelanjaan seharian. Di sebalik kos sara hidup yang saban hari semakin meningkat membuatkan semua orang memikirkan cara yang paling efektif untuk terus berjimat tetapi mahu menerima layanan seperti berada di hotel dan restoran 5 bintang tanpa perlu membayar lebih.

Ada segelintir pelanggan yang sanggup memesan makanan untuk dibungkus tetapi makan di dalam premis atau restoran bagi mengelakkan mereka dikenakan caj perkhidmatan. Perkara seperti ini dilihat sebagai tidak beretika dan menipu kerana cuba mengelak dari membayar caj perkhidmatan yang dikenakan.

Advertisement

Ini sekaligus, memberikan impak negatif kepada penggusaha restoran bagi membolehkan mereka untuk mendapatkan pendapatan tambahan daripada caj perkhidmatan yang dikenakan.

Ramai dikalangan pelanggan yang tidak memahami apa itu caj perkhidmatan dan menganggap ia sebagai satu caj tambahan yang merugikan.

Caj perkhidmatan adalah bayaran yang dikenakan oleh premis makanan seperti restoran di atas perkhidmatan yang telah disediakan. Pelanggan perlu membayar 10 peratus daripada jumlah bil yang diterima dan dianggap sebagai saguhati (Tips) kepada pekerja.

Selain daripada industri makanan dan minuman, perkhidmatan seperti hotel juga turut dikenakan caj perkhidmatan ini kerana kedua-dua perkhidmatan ini mempunyai fungsi yang sama dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan.

Dalam hal ini, kedua-dua pihak memainkan peranan penting seperti pihak restoran perlu bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan setimpal dengan caj perkhidmatan yang dikenakan kepada pelanggan dan pelanggan juga perlu menghormati segala peraturan yang ditetapkan bukan memesan makanan untuk dibungkus tetapi makan di dalam restoran tanpa rasa bersalah. amazingnara.com

 

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...