Pemergian Ashraf Sinclair memberi tamparan hebat buat Bunga Citra Lestari, separuh jiwanya pergi dan kesedihan menyelubungi hati kehilangan insan dicintai dalam sekelip mata.
Setia sehingga hujung nyawa, BCL menempah dua liang lahad bersebelahan dengan pusara arwah suaminya.
Ketua Pegawai Eksekutif tanah perkuburan San Diego Hills, Suziani Japardy berkata, Bunga mahu ‘berdampingan’ dengan suaminya apabila dia meninggal dunia nanti. Tempahan itu dibuat menerusi pengurus BCL, Doddy dengan harga RM79,000 (260 juta Rupiah) termasuk dekorasi.
Benar. Dari BCL minta karena beliau maunya berdampingan dengan suami tercinta. Sudah direncanakan untuk BCL-nya.
Terdahulu, Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada 4.51 pagi tadi waktu tempatan akibat serangan jantung. Jenazahnya selamat dikebumikan selepas solat Asar di tanah perkuburan San Diego Hills.

Suriani Hashim
February 20, 2020 at 10:26 am
Itu namanya setia ke hujung nyawa…..semoga yang baik2 sahaja utk Arwah Ashraff dan salam takziah untuk BCL dan Noah. Semoga Allah sentiasa merahmati kamu.
minah jambu say NO to drugs
February 19, 2020 at 10:43 pm
Aamin..
Anonymous
February 19, 2020 at 10:12 am
Ya allah so sweet.. pasti ashraf seorang yg sgt baik sehingga bcl nak kebumi pun sebelah dia satu hari nanti.. semoga arwah di tempatkan dikalangan org beriman