Buli Warga Tua, Tindakan Kurang Ajar Remaja Dikecam

Trending

Buli Warga Tua, Tindakan Kurang Ajar Remaja Dikecam

Video rakaman seorang warga emas dipercayai dilayan dengan teruk oleh beberapa orang remaja, kini telah tular di laman Facebook sehingga mendapat pelbagai respon daripada netizen.

Advertisement

Menerusi video yang dikongsi  seorang pengguna Facebook iaitu Ahmas Qayyum Haikal di Group Lapa Soho Kelantan (LSK) memaparkan beberapa orang remaja lelaki dilihat sedang mengacah-acah untuk memukul wanita tua berkenaan.

Lebih perit, salah seorang daripada mereka juga khabarnya kelihatan seakan mahu menendang wanita tersebut.

Rakaman itu juga menyaksikan, wanita terbabit seperti seolah mahu mempertahankan diri namun tidak berjaya sehingga beliau nekad berlari sebelum meninggalkan tempat kejadian.

Kejadian itu dijuga dipercayai di Bachok di Kelantan. Bagaimanapun, punca kejadian masih belum dikenalpasti.

Buli Warga Tua, Tindakan Kurang Ajar Remaja Dikecam Buli Warga Tua, Tindakan Kurang Ajar Remaja Dikecam

Seperti sudah dijangka, ruangan komen posting tersebut turut dibanjir kata-kata seakan tidak berpuas hati dengan sekumpulan remaja tersbeut.

Malah tidak ketinggalan, tampil meluahkan rasa geram sehingga berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas remaja-remaja terbabit.

Sumber: Ahmas Qayyum Haikal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...