Usahawan terkenal Christy Ng telah menghantar surat saman kepada seorang individu yang didakwa cuba memfitnah dan mencemarkan imejnya di media sosial. Individu tersebut difahamkan pernah cuba memohon pekerjaan di syarikat Christy tetapi tidak menerima maklum balas, sebelum mula menghantar emel berulang kali, membuat spam dan mengganggu kehidupan peribadi serta operasi syarikat.
Menurut dokumen tuntutan, kenyataan fitnah yang diterbitkan individu itu dilakukan dengan niat jahat (malice) dan turut menjadi tular di media sosial. Antara tindakan individu tersebut termasuk:
Menerbitkan fitnah secara tanpa nama, mendakwa secara palsu bahawa dirinya disekat,menghasut pengguna lain membuat komen negatif, serta menerbitkan kenyataan tanpa fakta atau konteks sebenar.
Pada 11 November 2025, peguam Christy menghantar surat tuntutan meminta defendan menghentikan semua fitnah, namun pada 19 November 2025, defendan menolak tuntutan tersebut.
Christy Ng kini memohon beberapa perintah mahkamah terhadap defendan, termasuk:
-
-
Ganti rugi am, teruk dan teladan atas kerosakan reputasi.
-
Injunksi kekal menghalang defendan daripada menerbitkan apa-apa kenyataan fitnah atau menghubungi beliau dan syarikatnya.
-
Perintah supaya defendan memadam, menurunkan dan menarik balik semua kenyataan fitnah dalam masa tujuh hari.
-
Injunksi mandatori mengarahkan defendan membayar kos penerbitan kenyataan permohonan maaf penuh dalam akhbar bahasa Melayu dan Inggeris serta di semua akaun media sosial defendan.
-
Faedah, kos guaman, dan apa-apa perintah tambahan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
-
Christy menegaskan tindakan ini perlu kerana jika tidak dihalang, individu tersebut berpotensi terus mengganggu beliau dan menjejaskan perniagaannya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
