“Buli Dalam Kalangan Artis Ni Memang Ada” – Che Ta Akui Pernah Dibuli Oleh Jurusolek

Hiburan

“Buli Dalam Kalangan Artis Ni Memang Ada” – Che Ta Akui Pernah Dibuli Oleh Jurusolek

Pelakon jelita, Rozita Che Wan akui wujudnya isu buli semasa di set penggambaran, malah dia juga pernah mengalaminya.

Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta berkata tindakan buli bukan sahaja dilakukan oleh artis berpengalaman namun ada juga yang melibatkan team produksi di set penggambaran. 

Advertisement

Kisah buli dalam kalangan artis memang ada, ini saya alami sendiri.

 

Kalau kita bukan siapa-siapa, orang biasa pergi berlakon, jadi dekat set penggambaran memang kena buli.

 

Dari bawah sampai ke atas, dari make up artis sampailah ke pengarah. Jadi saya tidak nafikan.

che ta kena buli

Memetik dari Sinar Plus, Che Ta berkata rata-rata pendatang baru belum tahu mengetahui selok-belok dunia lakonan.

Bukan lembik atau tak tough, tidak. Tapi kita baru nak berlakon, tak tahu lagi tentang perjalanan dalam industri.

 

Tapi dah kena maki itu ini. Bukanlah menangis tapi tertanya-tanya, pekerjaan sebagai seorang artis memang macam ni ke?

Pengalaman sendiri

Pelakon itu turut mendedahkan dia pernah dibuli oleh jurusolek sehingga memberi kesan kepada fizikalnya.

che ta akui kena buli

Saya sendiri rasa, masa itu saya sedang shooting dengan Azhan Rani. Jurusolek ambil bedak kemudiam dia letakkan ke muka saya sehingga bedak masuk ke dalam mata.

 

Mata saya jadi merah menyala, kita tak boleh teruskan penggambaran. Dia malas nak layan artis baru, tambah lagi kalau artis tak popular berlakon dalam kalangan artis popular.

Terdahulu, isu buli ini timbul apabila terdapat dakwaan daripada pendatang baharu yang mendakwa budaya buli itu wujud dalam kalangan pelakon senior.

nabila huda tegur pelakon baharu jangan manja kalau nak jadi pelakon
1 week ago

"Jika Tak Bersedia Jadi Pelakon, Cari Kerjaya Lain" - Nabila Huda Sifatkan Pengadu Isu Buli Tidak Bersedia Hadapi Cabaran Dunia Orang Seni

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...