Sedia maklum, Malaysia dikhabarkan dengan satu berita mengejutkan selepas seorang remaja 13 tahun bernama Zara Qairina meninggal dunia akibat dibuli di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan.
Boleh dikatakan kes arwah menjadi bualan warganet, lagi-lagi hingga ke hari ini si pelaku masih belum dapat dikesan oleh pihak berkuasa.
‘Statement’ Amin Idris dikecam netizen
Melalui laman Threads, kata-kata pendakwah bebas yang dikenali ramai iaitu Amin Idris mengenai isu ini telah menarik perhatian ramai.
Dapat dilihat dalam tangkap layar yang dimuat naik oleh seorang individu di platform tersebut, Amin seolah-olah mengatakan perbuatan buli bukan hanya berlaku di sekolah tetapi mempunyai ibu bapa yang toksik di rumah turut boleh berlaku perkara tersebut.
Susulan mengeluarkan kenyataan sedemikian, Amin Idris teruk dikecam warganet, di mana mereka merasakan statement tersebut keterlaluan, lagi-lagi ketika ini keluarga arwah Zara sedang bersedih dengan pemergian remaja itu.
Bagaimanapun, difahamkan Amin telah pun membuat permohonan maaf atas kenyataan yang dikeluarkan dan beranggapan ramai yang salah faham dengan kata-katanya.
View this post on Instagram