Sebelum ini, kecoh seorang pempengaruh islamik yang cukup dikenali kerana sering melakukan konten ‘tebuk Al-Quran’ didakwa terlibat dalam kes gangguan seksual.
Malah, wanita yang sepatutnya menjadi tunang lelaki terbabit turut mendedahkan beberapa hal yang tidak enak melibatkan pempengaruh itu.
Mangsa baru influencer tebuk Al-Quran
Terbaru, penyanyi rap Caprice atau mesra dipanggil Cap mendedahkan beberapa tangkap layar mesej di Whatsapp yang diberi sendiri oleh mangsa influencer berkenaan.
Dalam salah satu hantaran mesej yang didedahkan, influencer tersebut tanpa segan silu mengajak mangsa untuk check-in hotel walaupun ketika bulan Ramadan.
Mangsa tak sangka jadi teruk
Mangsa difahamkan pada awalnya mahu mendekati lelaki itu kerana ingin berubah ke arah yang lebih baik tetapi lain pula yang jadi.
Sebagai ‘orang tengah’, Caprice turut menyeru jika ada wanita lain yang menjadi mangsa influencer itu untuk tidak takut kedepan dan dirinya akan bantu sebaik mungkin.